JANGAN Klik sini:

Friday, June 24, 2011

Kad Hari Guru Istimewa dari Siti Zubaidah (5A2 2010)

Masih teringat sewaktu awal-awal menjadi guru dulu, perayaan Hari Guru merupakan sesuatu yang dinanti-nantikan oleh guru. Waktu inilah pelajar akan beramai-ramai menghadiahkan sesuatu yang istimewa buat guru mereka. Apatah lagi kalau menjadi guru tingkatan, mereka akan pasti mendapat sesuatu yang istimewa daripada pelajar-pelajar mereka.
Kini, ramai yang mengingati guru mereka samada mengirimkan ucapan SMS, menggunakan FB, dan macam-macam lagi, namun masih ada juga yang sanggup bersusah-payah untuk mereka cipta kad buatan sendiri..
Satu-satunya kad ucapan hari guru yang saya terima.. istimewa kiriman Siti Zubaidah, bekas pelajar saya tahun lepas (5A2 2010).. wah..cantik sungguh kad buatannya sendiri. Terima Kasih yang tidak terhingga saya ucapkan..
Terima kasih kerana mengingati cikgu..



No comments: