JANGAN Klik sini:

Tuesday, June 07, 2011

Ustazah Khairunnisa binti Alias Guru Inspirasiku 2011 (Kategori Guru Wanita)

Ustazah Khairunnisa binti Alias

Sempena Hari Guru 2011, seperti tahun-tahun yang lalu, Anugerah Guru Inspirasiku sekali lagi menjadi acara kemuncak di dalam sambutan Hari Guru pada tahun ini. Kalau sebelum ini, Anugerah tersebut dalam 2 kategori iaitu Guru Sessi Pagi dan Petang, pada tahun ini ia hanya untuk 1 kategori sahaja kerana pada tahun ini sekolah SMK Pusa hanya 1 sessi sahaja.

Pada 2009 iaitu tahun pertama ia diperkenalkan, Dr. Hajjah Norisah & Puan Kelia Hussaini telah terpilih bagi kategori guru wanita manakala Cikgu Bohri Bin Saili dan Cikgu Mohd. Fairus Bin Hj. Kamil telah terpilih bagi kategori guru lelaki.

2010 pula telah menobatkan Cikgu Helmi dan Cikgu Rusman bagi kategori lelaki manakala Cikgu Josephine dan Puan Laila Zurina pula bagi kategori guru wanita.

Pada tahun ini, semua pelajar SMK Pusa telah sebulat suara mengundi Ustazah Khairunnisa binti Alias dan Cikgu Mohd. Fadli bin Mansor sebagai 'Guru Inspirasiku'.. tahniah diucapkan.

No comments: