JANGAN Klik sini:

Saturday, October 01, 2011

Majlis Restu Ilmu PMR 2011

Ustaz Hasmizar Ali.

30 September 2011- SMK Pusa. Seluruh pelajar PMR yang bakal menduduki PMR pada 4 Oktober ini begitu bertuah kerana majlis restu ilmu turut dihadiri Puan Jaidah binti Haji Alex, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Samsuddin bin Drahman, Pegawai Pelajaran Daerah Betong.

Majlis Restu Ilmu ini merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dikhaskan untuk pelajar tingkatan tiga yang bakal menghadapi PMR 2011. Antara tujuan program ini ialah memberi dorongan dan semangat kepada pelajar PMR yang bakal menduduki peperiksaan. Ia juga merupakan salah satu usaha sebelum menghadapi peperiksaan. Majlis restu ilmu juga melahirkan keperihatinan para guru terhadap anak didik dan mengingatkan pelajar agar terus berusaha selagi ada kesempatan.

Dalam ucapan Dr.Hajjah Norisah turut memberi peringatan dan kata-kata semangat kepada semua pelajar tingkatan tiga agar memberikan yang terbaik.

"Ingat.. manusia dicipta untuk berjaya, lakukan sesuatu..cipta sejarah untuk SMK Pusa.." Pesan Dr. Hajjah Norisah kepada semua pelajar yang bakal menduduki PMR.

Setiap pelajar diberikan sedikit tanda hati supaya mereka lebih bersemangat untuk menghadapi PMR. Sewaktu pelajar bersalaman dengan guru-guru, ramai pelajar dan guru yang tidak dapat menahan sebak.

Diharapkan agar dengan adanya majlis seperti ini maka semua pelajar tingkatan tiga akan melakukan yang terbaik dan meningkatkan prestasi sekolah. Selamat maju jaya..
En. Samsuddin bin Drahman, Pegawai Pelajaran Daerah, Betong.
Puan Jaidah binti Haji Alek, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak.
Guru-guru SMK Pusa.
Cik Noorsaadiah Aizan Hamdan, pengerusi majlis yang cantik :)
Cikgu-cikgu SMK Pusa
Lakukan yang terbaik!
Penyerahan tanda hati untuk pelajar tersayang..
Menangis.. Cikgu Zoriah
Bergambar kenangan..

No comments: