JANGAN Klik sini:

Monday, October 24, 2011

Sehari di MRSM ---> Bersama Cikgu Mohd. Taib (Teknik Menjawab soalan Biologi)

22 OKT- MRSM Betong. Seawal jam 7:00am kami menuju ke MRSM untuk menghadiri bengkel menjawab soalan untuk pelajar aliran sains. Saya bersama 5 orang pelajar 5S1 meredah hujan pagi yang begitu lebat sekali. Pelajar yang bersama saya adalah Abdul Raid Matjeni, Mohd. Jol, Mohd. Nur'Akmal, Christine Lim dan Shafiah. Christine dan Shafiah menumpang cikgu Moh Moi Houng kerana kebetulan dia menghadiri Bengkel Teknik Menjawab Soalan Pendidikan Moral di SMV pada hari yang sama juga. Bengkel untuk pelajar aliran sains ini julung kalinya diadakan anjuran MRSM. Bengkel ini telah pun berlangsung selama 3 minggu dan minggu ini merupakan minggu terakhir. Sebelum ini, mereka ditemani oleh Cikgu Mohd. Helmi (minggu pertama) dan Cikgu Muhd. Zulkhairin (minggu kedua) manakala minggu ini giliran saya pula menemani mereka.
Bergambar kenangan bersama Cikgu Mohd. Taib.

Semua sekolah di Bahagian Betong turut mengambil bahagian dalam Bengkel tersebut. Sesi untuk matapelajaran Biologi diajar oleh Cikgu Mohd. Taib yang begitu berpengalaman dalam subjek tersebut. Pada hari ini, mereka membincangkan teknik menjawab kertas 3.


Saya terpaksa mengambil gambar secara curi2.. hehehe...
Mohd. Nur'Akmal, Mohd. Jol, Christine Lim, Shafiah & Abdul Raid..
Seronok rasanya dapat bersama mereka pada hari tersebut, tambahan pula mereka berlima ni begitu ceria dan bersemangat sekali. Walaupun mereka agak kepenatan namun mereka masih mampu untuk bergurau senda. Abdul Raid dan Akmal terutamanya..begitu aktif sampai mahu bergambar pelbagai aksi.. terbanglah.. melompat.. semuanya mereka nak buat... :)
Ketika menunggu diluar bilik kuliah 2
Semoga kamu semua akan berjaya :)
Makan dulu... Christine dan Shafiah menikmati makanan ketika waktu rehat..

No comments: