JANGAN Klik sini:

Sticky notes:

Ingin mengiklankan perkhidmatan atau promosikan kolej anda di majalah Sekolah Tandang Sari SMK Pusa?

MURAH... BERMULA DARI RM100++

Sekiranya terdapat kolej swasta atau sesiapa sahaja yang ingin mengiklankan iklan anda dalam majalah sekolah Tandang Sari, anda boleh menghubungi saya dengan menghantar email ke
qkx7254@hotmail.com atau SMS: 013-8122471 (Cikgu Terry), saya akan memberikan butiran lengkap cara untuk mengiklankan iklan anda. Jutaan terima kasih saya ucapkan.. :)


Thursday, January 26, 2012

Menjadi Sejarah: Cikgu Denis anak Ladin

Cikgu Denis menerima hadiah dari Dr. Hajjah Norisah
Saya mengenali Cikgu Denis Ladin hampir 9 tahun yang lalu kerana kami sama-sama di'posting'kan di SMK Pusa. Kami sama-sama melapor pada 16 september 2003. Cikgu Denis seorang yang pendiam, namun dia seorang yang sangat baik. Tidak pernah walau sekali pun dia meninggikan suara kepada rakan setugas walaupun kadang-kala timbul masalah dalam melaksanakan tugas. Cikgu Denis mudah didekati malah sanggup membantu sesiapa saja.

Cikgu Denis mengajar matapelajaran sejarah di SMK Pusa. Walaupun matapelajaran tersebut begitu mencabar buat pelajar SMK Pusa, namun dia tidak pernah berputus asa memberi yang terbaik untuk anak muridnya.

Kini, Cikgu Denis berpindah ke SMK St. Antony, Sarikei. Semoga Cikgu Denis terus mendidik pelajar-pelajarnya sehingga berjaya...







No comments: