JANGAN Klik sini:

Sticky notes:

Ingin mengiklankan perkhidmatan atau promosikan kolej anda di majalah Sekolah Tandang Sari SMK Pusa?

MURAH... BERMULA DARI RM100++

Sekiranya terdapat kolej swasta atau sesiapa sahaja yang ingin mengiklankan iklan anda dalam majalah sekolah Tandang Sari, anda boleh menghubungi saya dengan menghantar email ke
qkx7254@hotmail.com atau SMS: 013-8122471 (Cikgu Terry), saya akan memberikan butiran lengkap cara untuk mengiklankan iklan anda. Jutaan terima kasih saya ucapkan.. :)


Saturday, January 28, 2012

<-----imbas kembali 2011: Hari terakhir SPM...

Yahooooo.. Merdeka! Gelagat pelajar setelah kertas Biologi berakhir jam 3.30pm..

Inilah gelagat pelajar setelah kertas Biologi berakhir.. (walaupun ada di antara mereka masih ada kertas pendidikan seni visual). Seawal pagi saya bertolak ke SMK Pusa dari Betong (30 Nov 2011), hari ini saya dan cikgu Kho Ah Tau bertugas mengawal pelajar yang bakal menduduki SPM kertas Biologi. Beberapa hari yang lepas, atas permintaan pelajar saya telah mengadakan kelas tambahan terakhir dimana pelajar berlatih menjawab pelbagai jenis soalan (dari soalan Ramalan Adabi hinggalah soalan dari seluruh negeri di Malaysia). Daripada 58 orang pelajar yang mengambil kertas Biologi, hanya 11 orang sahaja yang muncul (47 orang yang lain mungkin mempunyai urusan lain- sedangkan mereka beria-ia inginkan kelas khas.. hehehe.. semuanya dah berlalu.. huhu..)

Saya tak pasti samada kertas Biologi pada hari tersebut senang atau sukar.. sebab pelajar menyatakan ada yang mereka boleh jawab dan ada yang agak sukar.. apa2pun, harap-harap mereka telah lakukan yang terbaik dan sama-samalah kita berdoa agar mereka mendapat keputusan yang baik juga..

Melompat lebih tinggi...

No comments: