JANGAN Klik sini:

Wednesday, March 21, 2012

Keputusan SPM 2011: SMK Pusa mencatat keputusan yang terbaik!

SEJARAH terukir sekali lagi apabila SMK Pusa mencatatkan keputusan terbaik berbanding keputusan sebelum ini. Jika sebelum ini, keputusan SPM SMK Pusa kurang menyerlah dan sering berada di 'ekor' dikalangan sekolah yang terdapat di Betong namun tahun ini keputusan lebih baik malah disifatkan sebagai yang terbaik pernah dicatat oleh SMK Pusa. Dengan GPS (Gred purata Sekolah) 5.58, SMK Pusa akhirnya boleh berbangga kerana selama ini keputusan tidak berapa memberangsangkan. Orang yang paling gembira sekali tidak lain tidak bukan adalah Pengetua SMK Pusa, Dr. Hajjah Norisah Haji Suhaili yang sentiasa memberi galakan dan dorongan agar semua guru SMK Pusa tidak berputus asa dan selalu berusaha walaupun banyak rintangan yang terpaksa dilalui.

Cerita selanjutnya akan menyusul nanti.. tunggu..

p.s: Tahniah buat semua pelajar SPM 2011 yang telah mengukir sejarah!

2 comments:

Miss Inas said...

CONGRATULATIONS SMK PUSA ! juga kepada pelajar2 cemerlang yang telah membanggakan SMK PUSA . :) TERIMA KASIH Cikgu Terry . hehehe .

Cikgu Bio said...

Hi Miss Inas.. sama-sama :)