JANGAN Klik sini:

Monday, June 22, 2009

Berita Gembira.. Pasukan Robotic SMK Pusa Mendapat tempat Ke-3 Dan Ke-4 Peringkat Negeri.

Tahniah diucapkan buat pasukan Robotic SMK Pusa yang telah mengharumkan nama sekolah kerana telah mendapat tempat ke-3 dan ke-4 diperingkat Negeri dalam pertandingan Robotic yang berlangsung di Bintulu.
Berita gembira ini disampaikan oleh pengetua Dr. Norisah dalam Shoutmix blog SMK Pusa.
Dr. Norisah berkata: “Congratulation to our robotic team - 2nd runner up and 4th place at the state level. Keep up the good work. Next year try again. Well done!”
Walaubagaimana pun, kita akan menunggu gambar mereka semasa pertandingan tersebut berlaku, namun semasa cuti 2 minggu yang lepas saya sempat merakamkan gambar semasa mereka giat berlatih.
Untuk makluman, pasukan Robotic SMK Pusa telah pun menjadi Johan dan Naib Johan peringkat Bahagian Betong dalam pertandingan yang sama.
Tahniah buat pasukan Robotic SMK Pusa diatas kecemerlangan yang ditunjukkan, usaha keras mereka telah membuahkan hasil. Tahniah..










No comments: