JANGAN Klik sini:

Friday, June 19, 2009

Sayembara Puisi dan Lagu.

Sayembara Puisi Dan Lagu Peringkat Bahagian Betong telah berlangsung pada 17 Jun 2009 dalam keadaan yang sederhana namun meriah. Berlangsung di Dewan SMK Pusa dari jam seawal 7:30 pagi hinggalah jam 12:30 tengahari menampilkan bakat terpendam daripada 6 buah sekolah di Bahagian Betong. Sekolah-sekolah yang turut serta dalam pertandingan ini adalah SMK Datuk Patinggi Kedit Betong, SMK Saratok, SMK (BM) Saratok, SMK Kabong dan SMK Kalaka Roban.
Persembahan daripada SMK Kalaka yang penuh penghayatan dan mempunyai vokal yang mantap. Persembahan sederhana tanpa perlu terlalu memaksa penonton untuk 'merasai' puisi yang dideklamasikan membuatkan bulu roma meremang. Malah pendapat peribadi saya menyatakan bahawa SMK Kalaka benar-benar menghayati peranan mereka dan menjiwai puisi dan lagu yang mereka persembahkan.
Peserta daripada SMK (BM) Saratok juga memberikan saingan pada pertandingan itu.
SMK (BM) Saratok
Peserta dari SMK Saratok pula memberikan kelainan dari segi persembahan dan pakaian walaupun tiada markah tambahan diberikan untuk kostum namun kesungguhan mereka menggambarkan puisi dan tema harus diberi pujian.
Bersungguh-sungguh dalam penyampaian dan penuh keyakinan..
Gandingan suara dalam mendendangkan puisi dalam bentuk lagu sungguh mengkagumkan.
SMK Saratok.. yakin, serasi dan menghiburkan..
Persembahan sajak daripada Abang Abd. Rahim membuatkan bulu roma meremang..
Persembahan yang sederhana namun menghiburkan..
SMK Pusa..
SMK Datuk Patinggi Kedit bersungguh-sungguh dalam persembahan mereka.
Penuh penghayatan..
SMK Datuk Patinggi Kedit Betong
SMK Kabong
Menjiwai puisi.. dan gandingan nyanyian yang menghiburkan..

No comments: