JANGAN Klik sini:

Sunday, January 10, 2010

Keputusan 'Giveaway' Bulan Disember...

Bulan Disember yang lepas saya telah menganjurkan satu 'Giveaway'. Sepatutnya keputusan 'Giveaway' tersebut sepatutnya diumumkan pada awal tahun 2010, namun disebabkan kesibukan maka keputusan 'Giveaway' terpaksa ditunda. Minta maaf buat mereka yang menyertai 'Giveaway' ini yang tertunggu-tunggu keputusan tersebut.
Walaupun tidak ramai yang menyertainya, namun saya gembira dan berpuas hati kerana masih ada yang ingin menyertainya. Mungkin selepas ini lebih ramai yang akan mengambil bahagian.
Antara penyertaan yang diterima adalah daripada:
1. Izzul Mustanir
2. Mohd. Noor Nasriq
3. Adibah Raziee
4. Azmili Syawmil

Terima kasih kerana mengambil bahagian...
Seperti yang dijanjikan, keputusan 'Giveaway' ini adalah melalui cabutan bertuah. Nama mereka yang menyertai 'Giveaway' ini tadi dilipat dan dimasukkan ke dalam bakul untuk cabutan...
Siapakah yang bertuah itu?

(Drum....................................................mmmm)

Keputusannya adalah ----------> opsss....

Tahniah Adibah Raziee...

Di minta Adibah Raziee menghantar email kepada saya dalam tempoh 2 minggu dari sekarang. Emailkan alamat rumah anda dan saya akan mengeposkan hadiah tersebut setelah menerima email anda. Bagi yang tidak berjaya, cuba lagi dalam 'Giveaway' yang akan datang dengan hadiah yang lebih menarik. Tahniah sekali lagi buat Adibah.....

2 comments:

angelia said...

Terry
I ada join and type jawapan and hantar, tapi tak tau kenapa u tak terima o???

Cikgu Bio said...

Ya?? Nampaknya i tak terima pun.. maybe u silap antar kot hehehe.. xpe, nanti kalau i anjurkan 'Giveaway'.. boleh lah U join sekali ya... :)