JANGAN Klik sini:

Tuesday, March 23, 2010

Email dari Cikgu Haji Bustari Bujang..

Petang tadi saya tak dapat buka email gara-gara isyarat internet daripada broadband Celcom saya kurang elok.. berkali-kali saya cuba namun tak dapat juga. Selepas jam 12 tengah malam tiba-tiba internet ok pula.. terkejut saya bila buka email, saya dapat email daripada bekas cikgu SMK Pusa iaitu Cikgu Haji Bustari Bujang. Rupa-rupanya beliau masih mengambil berat tentang SMK Pusa.. terima kasih Cikgu Haji Bustari.. :) Oleh sebab itu saya mengambil keputusan untuk jadikan email tersebut sebagai entry, agar rakan-rakan guru serta pelajar SMK Pusa boleh melepaskan rindu buat Cikgu Haji Bustari serta isterinya Hajjah Rosmawaty..

.........................................................................................................................................................


"Terimak kasih coz selalu update blog. Banyak cerita terbaru tentang SMK Pusa dpt diikuti kamek urg sekeluarga d ctuk. Ingin rasa nak menjenguk ke SMK Pusa tapi rasanya kita sama2 cuti. Mun cuti sekolah nak pegi, rasanya kitak urg sik ada di sekolah masa ya. Rugi juak pegi sik dpt bertemu geng2 lamak. Tapi suasana sekolah kamek kinek tuk sik jauh beza ngan SMK Pusa. Lokasi nya di seberang Kampung Bako. Pelajar dari kampung Bako terpaksa makey sampan tiap ari utk ke sekolah. Sekolah ya pun ada asrama. Pelajar pun seribu lebih org. Awal tahun 2010 terkejut juak kamek coz ada 2 org pelajar dari SMK Pusa pindah ke SMK Bako. Sorang masuk ke kelas kamek. hehehe.. oklah. kirim salam ngan sapa2 yg sempat kitak sampaikan. TAHNIAH kerana berjaya menganjurkan MSS Betong. Sampaikan ucapan TAHNIAH kpd pelajar2 lepasan SPM 2009. Semoga berjaya kepada bakal calon SPM 2010. Pelajar ting 5 tahun tuk adalah pelajar yg last kamek ajar di SMK Pusa. Masa ya sidak nya Ting 3. GOOD LUCK. PUSA CEMERLANG 2010. Semoga bertemu lagik.."

..................................................................................................................................................................

Cikgu Terry -----> Cikgu Hj. Bustari..

Hai Cikgu Hj. Bustari, semoga Cikgu serta keluarga sihat hendaknya. Terima kasih bebanyak kerana mengirimkan email dan mohon maaf kerana menyiarkan email tersebut tanpa minta kebenaran terlebih dahulu... (Saya mahu rakan-rakan guru serta pelajar membaca sendiri tanpa diedit..) Jangan marah ya :)

Gembira rasanya menerima email daripada Cikgu Bus kerana dapat merasakan Cikgu Bus masih lagi mengambil berat tentang SMK Pusa walaupun sudah tidak mengajar di sini lagi.. wah.. sik rugi kamek update blog tuk hehehe... kerana ada yang sudi menjenguk walaupun kadang-kala sik ter'update' pun hehehe... kebetulan MSSB baru jak habis so... banyaklah entry untuk bulan tuk...

Nang benar kata Cikgu Bus, waktu cuti rami cikgu-cikgu ctok yg balit kampung masing-masing tapi masih ada juak yang stay... xpa.. maybe next time boleh menziarahi SMK Pusa, bila masa dan keadaan yang sesuai...

Nampaknya SMK Bako x banyak perbezaan dengan SMK Pusa, senanglah Cikgu Bus menyesuaikan diri... kelak bolehlah Cikgu Bus emailkan gambar sekolah kitak untuk kamek masukkan dalam blog tuk...

Okaylah, kelak kamek sampaikan pada rakan-rakan yang lain.. harap-harap sidaknya pun ada masuk blog tuk... Terima kasih banyak-banyak Cikgu Bus... Take care..

Terry


No comments: