JANGAN Klik sini:

Sunday, March 07, 2010

MSS Betong: SMK Pusa pengelola kejohanan tahun ini..

BETONG: Sekolah Menengah Kebangsaan Pusa berbangga kerana diberi penghormatan untuk menjadi pengelola Kejohanan Olahraga ke-7 MSS Betong pada tahun ini di Stadium mini Betong. Kejohanan ini akan berlangsung mulai 7 March sehingga 11 March iaitu selama 5 hari. Kejohanan Olahraga kali ini menyaksikan sebanyak 14 buah sekolah menengah mengambil bahagian yang melibatkan atlet seramai 1103 orang peserta. Sekolah tersebut ialah SMK Pusa, MRSM Betong, SMK Vokasional Betong, SMKA Sri Aman, SMK Beladin, SMK (BM) Saratok, SMK Dato’ Patinggi Kedit, SMK Kabong, SMK Kalaka, SMK Saratok, SMK Saribas, SMK Spaoh, SMK St. Augustine dan SMK Ulu Layar.

Sekolah Rendah juga turut bergabung di dalam Kejohanan Olahraga Ke-7 pada tahun ini di mana seramai 386 orang peserta mewakili zon masing-masing. Jumlah keseluruhan peserta yang mengambil bahagian ialah seramai 1489 orang.

Siapakah sekolah yang bakal bergelar juara dalam kejohanan pada kali ini? Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan semasa kejohanan ini menerusi Buletin Kejohanan MSS Betong dan juga blog.

No comments: