JANGAN Klik sini:

Tuesday, August 12, 2014

Pertemuan di airport KLIA #Throwbacktime

 
25 March 2014. 2 minggu selepas kehilangan MH370, saya dan rakan-rakan saya (Cikgu Moh, Cikgu Angelia & Miss Chong) pergi ke KL untuk mencari bahan bagi penulisan tesis di ERPD di Putrajaya. Kebetulan dalam pesawat yang sama, sekumpulan Pengetua termasuk wakil dari SMK Pusa turut sama dalam penerbangan itu. Paling menggembirakan apabila bertemu semula dengan bekas pengetua SMK Pusa, Dr. Hajah Norisah Binti Haji Suhaili (Kini pengetua di SAKURA). Tetapi disebabkan segan, jadi tak berani nak ambil gambar beliau cuma mengambil gambar curi-curi dari jauh. Tetapi kami sempat berbual sekejap sebelum menuju ke destinasi masing-masing.
 
Wakil SMK Pusa pula diwakili oleh PK1 yang memangku tugas pengetua, Tuan Haji Kulana bin Haji Nansi. Mereka ke sana atas urusan mesyuarat.
 
 
Pertemuan yang singkat namun meninggalkan kesan dihati.

No comments: