JANGAN Klik sini:

Tuesday, August 12, 2014

Sehari bersama PBSM #throwbacktime

 PBSM SMK Pusa
 
Saya dan Cikgu Redzuan telah ditugaskan untuk membuat aktiviti Ikhtiar Hidup kepada ahli-ahli PBSM. Aktiviti yang kamu lakukan membenarkan pelajar bersaing (pertandingan) dan dalam masa yang sama boleh berfikiran di luar kotak sekirannya mereka menghadapi kecemasan seperti sesat di hutan.
 
Dalam permainan ini, kami telah membahagikan pelajar-pelajar kepada beberapa kumpulan di mana meraka diberikan situasi kecemasan dan dalam usaha mereka menyelamatkan rakan-rakan mereka, mereka dikehendaki untuk bersaing untuk mendapat tempat pertama dalam pertandingan memasak, membuat pengusung dan beberapa lagi pertandingan.
 
Walaupun mereka semua keletihan, namun semua mereka gembira kerana permainan ini bukan saja memerlukan pemikiran yang cerdas namun juga telah merapatkan hubungan mereka.
 
Terima kasih Cikgu Redzuan diatas kerjasama anda.

No comments: