JANGAN Klik sini:

Wednesday, October 01, 2014

Acara perasmian kejohanan sukan dan balapan 2014.

 
Acara perasmian kejohanan sukan dan balapan bagi tahun 2014 untuk Smk Pusa telah dirasmikan oleh Yang di-pertua PIBG Tuan Haji Ossen bin Karim. Dalam ucapan tersebut,  beliau berkata “tidak semestinya semua jutawan hanya terdiri dalam kalangan ahli perniagaan sahaja. Akan tetapi kebanyakan jutawan pada masa kini juga terdiri daripada kalangan doktor, pemain bola sepak dan banyak lagi”. Tambah beliau lagi “kebanyakkan jutawan masa dahulu adalah dalam kalangan kolar putih sahaja, tetapi sekarang sesiapa pun boleh menjadi jutawan.” Beliau juga berkata “Setiap pelajar perlu menanam azam yang tinggi untuk memajukan diri. Para pelajar tidak bolah mudah berputus asa kerana sikap berputus asa sepatutnya tidak ada dalam kamus seorang pelajar.” Beliau berkata demikian kerana ada dikalangan pelajar yang berpotensi dalam sukan tetapi lemah dalam akademik boleh memajukan diri dalam bidang sukan.

Semasa upacara perbarisan pula, Tuan Haji Kulana memberikan pujian kepada semua guru rumah sukan kerana guru telah memberi lebih dari yang diminta iaitu beliau cuma meminta para guru membuat maskot dan formasi perbarisan, tetapi setiap rumah telah memberikan persembahan yang cukup memukau dan menceriakan suasana dengan gelagat maskot rumah sukan.

“Kita seharusnya berbangga dan berterima kasih atas usaha para guru ini. Walaupun sukan pada tahun ini agak lewat, namun guru-guru tetap bersemangat dalam melatih atlet-atlet mereka.” Usaha dan semangat inilah yang Tuan Haji Kulana sentuh dalam ucapannya pagi tadi.

 






No comments: