JANGAN Klik sini:

Wednesday, October 01, 2014

Kejohanan Balapan dan Padang SMK Pusa kali yang ke-29

 
30 Sept 2014- PUSA, Kejohanan Balapan dan Padang SMK Pusa kali yang ke 29 telah berlangsung dengan meriahnya walaupun pada awalnya hujan telah turun membasahi padang SMK Pusa. Pra-Kejohanan ini telah bermula pada 30 Sept 2014 dan dijangka berakhir pada 2 September ini. Sebanyak 88 acara dipertandingkan sepanjang kejohanan ini.

Seperti tahun sebelum ini, sebanyak 4 buah rumah bertanding untuk merebut gelaran juara. Rumah Zamrud diketuai oleh Cik Kalaivanni A/P Selva Kumar dengan motonya, “Zamrud Bravo”, Rumah Baiduri yang diketuai oleh Cik Sarni Laemba pula menggunakan 2 moto iaitu “Baiduri Nang Antap!” dan satu moto rahsia iaitu ‘#7/10’ yang menjadi tanda tanya? , Nilam yang diketuai oleh En. Redzuan bin Husin masih mengekalkan moto sebelum ini iaitu “Nilam Terbaek!!!” manakala Rumah Delima yang diketuai oleh Nur Syahida Binti Abd Kadir pula dengan moto “I LOVE DELIMA!”. Menariknya moto rumah sukan kali ini mempunyai maksud tersendiri sebagai motivasi dan juga tanda amaran kepada pihak lawan.

Kebanyakkan pengurus rumah sukan tahun ini lebih bersemangat untuk menjadikan rumah masing-masing sebagai juara pada kali ini. Usaha ini jelas kelihatan disepanjang minggu sebelum sukan berlangsung dimana mereka masing-masing membuat persiapan yang serapi mungkin dalam menghadapi temasya sukan kali ini.

Sehingga pukul 10.00 pagi ini, belum ada keputusan rasmi kedudukan rumah sukan. Tetapi menurut sumber yang tidak rasmi Rumah Delima telah mendahului dalam perolehan emas kerana banyak memenangi acara pada Pra-kejohanan semalam.  Walaubagaimana pun, diharapkan semua rumah sukan terus berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.

 





No comments: