JANGAN Klik sini:

Wednesday, May 14, 2008

Rileks kejap...

MJ.. Zombie kampung Pisang..
Kesiannya dua orang 'kekasih' ni.. sang gadis idaman hatinya bertukar menjadi harimau.. nasib baik tak jadi 'singa betina' macam kak Ogy hahaha... jgn marah yek...


Mesti pengunjung setia blog ni terkezut (Kalau tak pun, pura-puralah terkejuzzzz hehehe.. )kerana tiba-tiba blog ni memaparkan gambar lain macam.. jangan salah faham.. gambar ni sekadar untuk kita merehatkan minda kejap....)

Alamak.. tak'kanlah tak sabar dik oii... sampai menendang perut mummy pulak.. mesti anak ni nanti 'Kaki bola'... kalau pempuan mesti 'kaki bangku' huhuhu.. apa pulak kaki bangku.. kaki solek lah... jangan marah Ng ekk.. semua gambar ni saya dapat dari Cikgu Angelia... macam tau-tau pula... ni gambar perut Ng ke? hehe...anyway.. Puan Angelia akan bersalin bulan Ogos nanti... mesti anaknya cute nanti hehehe...
Apa kess ni pulakkk? Ada dua persoalan yang timbul.. adakah pengantin perempuan dapat tahu bahawa pengantin lelaki berlaku curang dengan pengapit perempuan atau si pengantin ni dah tak sabar-sabar? Mana satu? Yang pasti.. sebelum anda melafazkan 'I Do'.. harus ingat.. perkahwinan bukan main-main.. jangan sampai macam patung kat atas tu... cian dierrr.. atau bak kata orang ... kecian deloooo...
Ni pulak apa ceritanya? Bukankah selalu orang kata.. macam kucing dengan anjing maksudnya 'dua orang yang tak boleh bertemu, mesti bercakaran...' tapi sekarang ni dah terbalik pula.. mereka dah berbaik semula malah hormat-menghormati sesama mereka... sedih ceritanya...
Terkezutt jugak tengok gambar ni... serba salah nak siarkan atau tidak.. takut nanti ada yang salah faham... hehehe.. santai jugak kucing ni berbaring kat bawah sinaran matahari.. siap pakai bakini lagi huhuhu...


Huhuhu.. bila kawan saya Cikgu Liew tengok gambar ni dia punyalah happy... Cikgu Liew adalah peminat kucing... sebab itu dia sangat suka dgn gambar ni... pernah sekali tu dia menangis bila anak kucing yang tidak bertuan jatuh dari tingkat 3 flat guru SMK Pusa.. nasib baik anak kucing tu tak mati..

No comments: