JANGAN Klik sini:

Sticky notes:

Ingin mengiklankan perkhidmatan atau promosikan kolej anda di majalah Sekolah Tandang Sari SMK Pusa?

MURAH... BERMULA DARI RM100++

Sekiranya terdapat kolej swasta atau sesiapa sahaja yang ingin mengiklankan iklan anda dalam majalah sekolah Tandang Sari, anda boleh menghubungi saya dengan menghantar email ke
qkx7254@hotmail.com atau SMS: 013-8122471 (Cikgu Terry), saya akan memberikan butiran lengkap cara untuk mengiklankan iklan anda. Jutaan terima kasih saya ucapkan.. :)


Friday, May 11, 2012

Dari SMK Pusa ke SK Sri Aman: Penanda aras untuk SPBT

Pada 22 March 2012 yang lalu, seramai 8 orang guru SMK Pusa termasuk saya telah pergi ke Sekolah Kebangsaan Sri Aman untuk membuat penanda aras untuk SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks) kerana SMK Pusa telah dicalonkan untuk menyertai pertandingan 'Anugerah Pengurusan BOSS Cemerlang' Kategori Sekolah Menengah untuk Bahagian Betong pada tahun 2012. Memandangkan SK Sri Aman pernah mendapat tempat ke-3 peringkat kebangsaan pada 2011 maka amat bersesuaian sekali untuk kami melihat sendiri bagaimana pengurusan BOSS dijalankan.
Ustazah Khairunnisa Alias, Ustazah Mordiah Jarawi (PK HEM), Usatzah Nor Asiah Ibrahim, Madam Roslin dan Miss Sie.

Bergambar kenangan di lobi SK Sri Aman.

Kami disambut dengan begitu mesra oleh warga SK Sri Aman membuatkan perjalanan yang jauh tadi terasa berbaloi. Mereka sudah biasa menerima tetamu kerana sekolah SK Sri Aman ini merupakan sekolah cemerlang di Bandar Sri Aman. 

  

 
Lebih mengejutkan saya apabila guru besar SK Sri Aman ini macam pernah saya jumpa dulu sewaktu saya kecil. Nama guru besar tersebut adalah Abang Nurfuad Bin Abang Nurol. Apabila saya bertanya lebih lanjut tentang beliau, barulah saya tahu bahawa Cikgu Abang Nurfuad Bin Abang Nurol merupakan bekas guru saya di SK Abang Abdul Kadir (SRK Abang Abdul Kadir Betong) pada tahun 1992 dulu yang pernah mengajar saya pendidikan seni. Sejak 1992 (darjah 6) sampai 2012, sudah 20 tahun saya tak pernah berjumpa dengan cikgu Fuad (panggilan mesra sewaktu sekolah dulu). Cikgu Fuad ini seorang yang sangat baik dan kami sewaktu budak-budak dulu suka sangat dengan cikgu Fuad. Saya masih ingat lagi sewaktu belajar pendidikan seni dulu, Cikgu Fuad selalu mengajar kami bagaimana teknik untuk melukis. Mungkin sebab itu mengapa saya sangat suka kelas lukisan kerana cikgu Fuad suka memberi kritikan membina dan memberi galakan apabila menilai lukisan pelajar (Disebabkan itu saya dapat A1 dalam lukisan SPM huhu.. *mode mengada-gada heheehe..) sebab saya mempunyai cikgu lukisan yang mengajar asas lukisan yang hebat!

 
Cikgu Abang Nurfuad Bin Abang Nurol, guru besar SK Sri Aman.

Berbalik pada cerita tadi, kami diberikan penerangan yang panjang lebar mengenai pengurusan BOSS ini. Mulanya kami agak 'terkejut' juga melihat bagaimana pengurusan BOSS mereka yang begitu cantik, kemas dan bersistematik sekali. Tetapi setelah diperjelaskan dari asas sampailah ke perkara penting, kami semua cuba untuk bernafas lega. Saya percaya, ketua BOSS kami Cikgu Suraya Binti Rejab telah menyerap semua maklumat dan memahami apa yang perlu untuk menuju ke pengurusan yang cemerlang. Kami sekadar menyokong dan memberi komitmen dari belakang beliau :)











No comments: