JANGAN Klik sini:

Thursday, May 15, 2008

Selamat Hari Guru...

16 Mei.. setiap tahun merupakan tarikh yang penuh bermakna buat semua insan yang bergelar pendidik. Walaupun pada tarikh tersebut bukanlah cuti umum namun 16 Mei adalah hari untuk semua pendidik seluruh Malaysia. SMK Pusa tidak terlepas untuk meraikan tarikh tersebut iaitu esok... Jom kita lihat gambar guru-guru SMK Pusa yang dirakam khas untuk anda...
Seronoknya Cikgu Zuraidah... Cikgu Zuraidah merupakan seorang guru yang paling aktif serta mempunyai banyak idea dalam keadah pembelajaran, selain aktif dalam pembelajaran beliau juga aktif dalam sukan... pelajar SMK Pusa sangat menyukai beliau kerana beliau seorang yang ceria dan baik hati...

4 Jelitawan SMK Pusa.. Cik Pawa, Puan Adawati, Cik Hanawati dan Cik Zuraidah...

2 sahabat baik.. Puan Zoriah dan Puan Nurul Aini...
Puan Kelia, Puan Zoriah dan Puan Nurul Aini...
Pelajar mengambil kesempatan bersalaman dengan Ustazah Mordiah, Penyelia Petang...
Pasangan paling romantik.. Ustazah Che Norizum dan Ustaz Lokman...
Ni betul-betul ke sekadar lakonan? Hehe... Farhan bersalaman dengan Ustaz Lokman sempena Hari Guru...
Miss Tan Bee Seok dan Madam Moh Moi Houng.. Miss Tan merupakan guru dari semananjung yang sudah lama berkhidmat di Sarawak...
Apa pulak yang dipanggang oleh Puan Norita dan Miss Tan ni? Sedap ke? Nampak macam 'hangus' je? Hehe... sedap...coz ayam tu saya yang makan hehehe... Gambar ni dirakam semasa Perkhemahan tahun lepas..
Banyak dapat hadiah nampak... nak satu.. boleh? Puan Suraini agaknya dapat berpindah bulan June ni? Kita doakan agar permohonan pindah beliau diluluskan... Puan Haspah pula makin hari makin jelita..apa rahsianya? Mayfirst... huhu...jangan marah...
Menjadi model buletin BPc.. boleh tahan jugak tu.. OK la tu...
Peace..peace kacang pis... Puan Rosma dan Cik Aini Mondra.. Cikgu Aini, bila nak umumkan pada semua? Jangan marah ya... walauapapun..Tahniah...
Amboi..amboi.. makan sorang-sorang nampak? Inilah Cikgu Roslan..
" Siapa bilang gadis melayu tak menawan..tak menarik hati.."
Bakal Usahawan berjaya.. Cikgu Ramli Ayong.. manakala rakan sebelahnya bakal menimang cahayamata yang ke-3.. Cikgu Tahih..
Barisan pendidik SMK Pusa!
Ustazah Muslinah.. emm.. sedap tak?
Cikgu Zuraidah, Puan Suraini, Ustazah Mordiah, Ustazah Dayang Masni dan Puan Norlizawati..
Hi... boleh berkenalan? Saya Cik Pawa dan Madam Liew..
Encik Kho Ah Tau... Guru ICT...
Dua zaman berbeza... Cikgu Edrin merupakan guru yang paling dikehendaki masa kini manakala Cikgu Ismail pernah mengecapi zaman tersebut dan beliau bersedia memberi laluan buat pelapis baru hehehe... jangan marah ok... walauapapun, Cikgu Ismail tetap 'Hot'... hehehe...
Puan Wan Hanim tak sabar nak pindah ke Limbang mengikut suaminya manakala Puan Hasmaniza pula sabar menunggu permohonan pindah beliau ke Kuala Lumpur diluluskan... sama-sama kita doakan agar mereka berdua berjaya pindah mengikut suami masing-masing...
Hanya tinggal memori.. Puan Angelia telah pun berpindah ke SMK Seri Tasik, Kuala Lumpur manakala Puan Hamidah telah berpindah ke SMK Simanggang, Sri Aman.. Kenangan itu tak mungkin akan dilupakan sampai bila-bila bersama mereka...
Jejaka comel paling dikehendaki di SMK Pusa.. hehehe... gurau aje..Jangan marah Cikgu Daim.. Beliau merupakan salah seorang yang paling lama di sekolah ini.. ramai anak didiknya telah pun berjaya malah beberapa orang guru disini merupakan bekas anak murid beliau..
Guru lelaki yang paling pendiam namun baik hati... Cikgu Chien Kai Hing dan Cikgu Mohd. Norfaizan.. seorang mengajar 2 alam manakala seorang lagi guru sesi petang...
Tidak lupa juga kepada Miss Chong Yoke Peng yang telah pun berpindah ke Perak.. selamat Hari Guru.. Beliau baru-baru ini telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2007 diatas perkhidmatan cemerlang beliau sepanjang berkhidmat di SMK Pusa... Tahniah... Gambar diatas telah dirakamkan di Mini Putrajaya, Betong iaitu pejabat Resident..
Inilah pendidik SMK Pusa yang berdedikasi terhadap tugas masing-masing... Segak berbaju Melayu, Cikgu Jaya a.k.a Pakar Motivasi, Cikgu Roslan..wira SMK Pusa atau lebih dikenali sebagai Ketua Warden... paling digeruni oleh pelajar kerana ketegasan beliau dan En. Bustari.. guru yang paling disayangi warga SMK Pusa...
Orang kuat SMK Pusa... En. Hj. Kulana bakal menjadi PKHEM, En. Awang Ibrahim bakal menjadi PK1 manakala Hj. Ossen telah pun bersara pada April yang lalu...
Mereka pernah popular dengan gelaran Elite suatu ketika dulu.. namun kini mereka bukan sekadar mengegarkan Malaysia malah seluruh dunia dalam bidang pendidikan pula... Wanita besi ini lambang wanita sejati...
Barisan wanita kental SMK Pusa.. Cikgu Norita dah berpindah ke SMK Muara Tuang, Puan Kelia, Puan Aminah, yang melambai tangan tu Madam Roslin dan kat belakang tu Puan Rosmawaty.. mereka adalah pejuang ke arah kecemerlangan insan...
Jangan terperdaya dengan apa yang anda lihat... hehehe.. seronoknya Madam Liew peluk adiah tu ya.. hehehe... Miss Chong pula nak pegang yang besar, Suraini pula tersenyum lebar dapat adiah yang separuh besar... ustaz pula binggung nak buka adiah yang mana satu dulu... huhuhu..
KRU Junior... Cikgu Azhar, Cikgu Mohd. Fairus dan Cikgu Edrin Faisal.. dengan lagu top mereka "Cikgu Oh Cikgu..." menduduki carta 10 lagu paling top zaman ini.. hehehe...jangan marah... :)
Jejaka terhangat di SMK Pusa.. hehe.. Cikgu Abu Talip dan Cikgu Mohd. Fairus..
Cikgu Hasmaniza, Cikgu Suraini dan Cikgu Wan Hanim.. Guru paling 'ngetop' di SMK Pusa!

2 comments:

abdul razak bin meri said...

blog2 ....smk pusa saya berpendapat bahawa ....jika kita selitkan gambar2
zaman persekolahan tahun 90an hingga 2003 kerana saya adalah salah seorang dpda beks student smk pusa...

Anonymous said...

memori terindah di SMK PUSA 2007/2008
cikgu hasmaniza..