JANGAN Klik sini:

Monday, July 07, 2008

Pasukan Multimedia Maklumat SMK Pusa Bertanding di Sibu.

Pada bulan Mei yang lepas, Karnival Alam Kerjaya Peringkat Bahagian Betong telah berlangsung di SMK Pusa. Terdapat banyak sekolah yang menghantar bahagian antaranya SMK (BM) Saratok, SMK Kabong, SM Teknik, Betong, SMK DP Kedit, SMK St. Augustine, SMK Ulu Layar, SMK Saribas SMK (A) Sri Aman, Saratok dan beberapa buah sekolah rendah sekitar Betong iaitu dari SK Kalok, Pusa, SK Beladin, SK Abang Abdul Kadir Betong dan SK Abang Abdul Rahman, Saratok serta sekolah rendah yang lain juga.
Dalam pertandingan Multimedia Maklumat, SMK Pusa telah menjadi juara sekali gus mewakili Bahagian Betong ke Peringkat Negeri yang akan berlangsung di Sibu esok.
Pasukan SMK Pusa terdiri daripada pelajar kelas 4A iaitu Izzul Mustanir Bin Abang, Connie Kho, Nurul Hafizah Ayunni Binti Yusop dan Nur Shafiah Bt Shafie. Mereka telah dibimbing oleh Cikgu Roha Binti Hj. Lit.
Semua warga SMK Pusa mendoakan agar pasukan Multimedia Maklumat akan berjaya serta memberi saingan buat sekolah yang bertanding. Selamat maju jaya buat mereka....Cik Roha Binti Hj. Lit selaku guru penasihat dan juga guru pembimbing untuk pasukan Multimedia Maklumat SMK Pusa.

No comments: