JANGAN Klik sini:

Sticky notes:

Ingin mengiklankan perkhidmatan atau promosikan kolej anda di majalah Sekolah Tandang Sari SMK Pusa?

MURAH... BERMULA DARI RM100++

Sekiranya terdapat kolej swasta atau sesiapa sahaja yang ingin mengiklankan iklan anda dalam majalah sekolah Tandang Sari, anda boleh menghubungi saya dengan menghantar email ke
qkx7254@hotmail.com atau SMS: 013-8122471 (Cikgu Terry), saya akan memberikan butiran lengkap cara untuk mengiklankan iklan anda. Jutaan terima kasih saya ucapkan.. :)


Monday, July 07, 2008

SMK Pusa Menangi Emas Dalam Pertandingan Robotic Kategori Menengah Rendah di Betong.

SMK Pusa sekali lagi menempa sejarah apabila muncul Juara Kategori Menengah Rendah (memperolehi pingat emas) dalam pertandingan Robotic yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Sasbadi. Pertandingan ini telah diadakan di SMK St. Augustine, Betong pada 12 June yang lalu. Pertandingan ini turut disertai oleh Bahagian Sri Aman dan Sarekei serta terdapat kategori Menengah Atas dan Sekolah Rendah. Pasukan SMK Pusa yang dipimpin oleh Cikgu Fairuz, Cikgu Chien Kai Hing serta dibantu oleh Cikgu Zuraidah akan bertanding di Kuching untuk pertandingan peringkat Negeri. Seluruh warga SMK Pusa sungguh berbangga dengan pencapaian ini dan ingin mengucapkan tahniah buat semua peserta yang telah mengharumkan nama sekolah.
Nurhidayat (Tingkatan 2A)
Mohd. Fazlan (Tingkatan 2A)
Nur Farziana (Tingkatan 2A)



Tahniah! Semoga terus sukses dalam apa jua perkara yang dilakukan... kami berbangga dengan kamu semua...

No comments: