JANGAN Klik sini:

Sticky notes:

Ingin mengiklankan perkhidmatan atau promosikan kolej anda di majalah Sekolah Tandang Sari SMK Pusa?

MURAH... BERMULA DARI RM100++

Sekiranya terdapat kolej swasta atau sesiapa sahaja yang ingin mengiklankan iklan anda dalam majalah sekolah Tandang Sari, anda boleh menghubungi saya dengan menghantar email ke
qkx7254@hotmail.com atau SMS: 013-8122471 (Cikgu Terry), saya akan memberikan butiran lengkap cara untuk mengiklankan iklan anda. Jutaan terima kasih saya ucapkan.. :)

Friday, October 31, 2008

Dari SMK Pusa ke UNIMAS (Osman, 5E 2004)

Entri kali ini adalah e-mail yang di tulis oleh Osman, bekas pelajar SMK Pusa yang kini berada di UNIMAS. Osman sedang mengikuti pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di akhir semester ke-3. Atas pujukan saya, Osman akhirnya bersetuju berkongsi pengalaman khas buat adik-adiknya di SMK Pusa. Semoga dengan tulisan ini, akan lebih ramai lagi pelajar-pelajar SMK Pusa mengikuti jejak Osman.

Assalammualaikum dan salam pertemuan buat semua warga sekolah SMK PUSA.

Bukan ingin menunjuk tetapi berkongsi sedikit sebanyak pengalaman yang terkumpul sepanjang bergelar pelajar universiti. Dan apa yang saya coretkan disini adalah khas buat tatapan adik-adik yang masih berjuang di bangku sekolah menengah.
Adik-adik, tetapkan matlamat agar kaki yang kini berada di bangku sekolah menengah mampu memijak dewan kuliah universiti. Biarkan hati yang kini penuh tanda tanya, pastikan suatu hari nanti akan mampu bertekad untuk mengaji pendidikan tertinggi. Dan apa yang penting, percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan. Sememangnya bukan mudah untuk kita mendapat apa yang membahagiakan tetapi bukan juga sukar untuk menjadi insan terbaik dari segalanya. Wahai adik-adik di SMK Pusa, jangan pernah puas dengan apa yang kalian mampu miliki sekarang. Bukan bermaksud tamak !
Mungkin ada yang mengenali saya terutama pemilik blog SMK Pusa, Cikgu Terry. Tidak dilupakan juga semua pendidik yang pernah saya berhutang ilmu pada kalian. Terima Kasih Cikgu. Dan bagi adik-adik pula mungkin ada yang mengenali saya dan mungkin juga tidak, tidak mengapa kerana apa yang penting saya ingin berkongsi kepada semua yang membaca blog kali ini. Saya juga mantan pelajar SMK Pusa, dari tahun 2000 sehingga 2004. Terlalu banyak saya berhutang pada SMK Pusa yang membawa saya ke tahap ini.
Adik-adik, apabila kita berada di bangku sekolah terlalu banyak yang kita cita-citakan, terlalu banyak apa yang kita impikan. Namun, hanya berapa yang mampu kita capai? Tepuk dada tanya selera ! kalian harus berfikir kemana kalian akan berada pada sepuluh dua puluh tahun akan datang, kalian harus pandai membentuk dan melakar jalan yang betul yang patut dipilih. Ingat, tiada yang mudah tanpa usaha yang gigih.
Satu perkara yang pasti kalian impikan adalah untuk menjejakan kaki ke universiti, saya akui. Saya juga pernah merasakan apa yang kalian rasakan. Pastikan penghujung zaman sekolah kalian diakhiri dengan pendidikan tertinggi.
Saya sekarang di akhir semester 3, mungkin terlalu banyak yang saya alami. Kehidupan sebagai pelajar universiti adakalanya seronok, adakalanya terasa terlalu berat untuk diterima. Dan juga bukan untuk menakutkan kalian, belajar di universiri berbeza situasinya dengan belajar dibangku sekolah. Amat berbeza. Boleh dikatakan keseluruhannya ditentukan oleh kita sendiri, andai kata kita tidak dapat menhadapinya, mungkin agak sukar. Namun, saya percaya kalian mampu menjalaninya.
Zaman sekolah sekiranya kita gagal sesuatu subjek, tidak perlu mengulang. Namun, disini sekiranya gagal sesuatu subjek kita terpaksa mengulang sehingga lulus dan dikenakan bayaran. Disini juga lulus gagal bukan ditentukan oleh peperiksaan akhir, namun di pengaruhi oleh lima aspek utama iaitu kerja projek, pembentangan, kuiz, ujian pertengahan semester dan peperiksaan akhir semester. Mungkin agak mudah.
Waktu pembelajaran disini bukannya seperti masa rasmi persekolahan tetapi ditetapakn mengikut masa tertentu, kadang-kadang pagi, petang, malam dan mungkin juga hari sabtu. Senangkan? Selain itu apa yang seronok ialah dari segi pemakaian ke kuliah. BEBAS !...Sebenarnya terlalu banyak yang tidak sempat saya kongsikan dan sekiranya adik-adik berminat ingin bertanya lebih lanjut pengalaman, dan apa-apa yang boleh saya bantu, boleh emel terus ke (nurlve06_man@yahoo.com).

Wahai adik-adik, belajar sungguh-sungguh ! ingat, kehidupan sekarang bukan senang untuk mendapatkan pekerjaan tanpa ilmu yang secukupnya. Disini saya doakan buat adik-adik semoga maju jaya dan cemerlang dalam peperiksaan. Tiada yang mudah tanpa usaha, saya berharap kalian dapat tanamkan semangat untuk terus maju. Pastikan apa yang kita inginkan tercapai dan jangan kecewakan orang tua dan keluarga kalian. Belanja sekolah setakat ini bukannya seratus dua, andai kata kita gagal. Bagaimana kita membayar semua yang kita belanjakan?fikir-fikirkan…
Akhir sekali khas buat guru-guru, terima kasih di atas ilmu yang kalian curahkan. Salam ingat tulus ikhlas dan ceria selalu !

Osman, UNIMAS. Anda juga boleh mengikuti blog beliau di http://www.neverwanttobetherejectedc.blogspot.com

No comments: