JANGAN Klik sini:

Friday, October 03, 2008

Perpisahan: Selamat Tinggal Laila Bt Pawi.

Laila bt Pawi atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Laila telah berkhidmat hampir 10 tahun di SMK Pusa sebagai kerani. Beliau merupakan seorang yang peramah dan sangat tekun melakukan kerja terutama berkaitan gaji. Kak Laila yang berasal dari Sri Aman akan berpindah ke SK Empelam, Engkelili Sri Aman lebih kurang 40 minit dari rumahnya.
Diharapkan agar Kak Laila sentiasa mengingati SMK Pusa dan tetap berhubung dengan kawan-kawan beliau di sini. Semoga Kak Laila akan sentiasa diberkati dan dimurahkan rezeki.
Pengetua SMK Pusa, Dr. Norisah Bt Suhaili memberikan ucapan perpisahan sempena perpindahan Laila Bt Pawi.
Kak Laila memberikan sepatah dua kata dan beliau tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata.
Sebagai tanda ingatan untuk Kak Laila, Dr. Norisah memberikan hadiah perpisahan.
Sebak.. Kak Laila tidak dapat menahan cairan matanya dari jatuh berderai.. Jangan bersedih Kak Laila...
Bersama teman baiknya, Monica.. mereka telah bersama-sama semenjak sampai di SMK Pusa.
Cikgu Saini turut menyampaikan hadiah buat Kak Laila...
Cikgu Ismail menyampaikan hadiah dari keluarganya khas buat Kak Laila.
Bergambar kenang-kenangan bersama Dr. Norisah bt Suhaili.
Hehehe.. saya sempat juga bergambar dengan Kak Laila...
Bersama dengan Kak Kam, tukang masak SMK Pusa.
Bersama rakan sekerja, Kak Hasnah..
3 sahabat baik...
Bersama Madam Roslin..
Cik Fiona dan rakan-rakan juga mengambil kesempatan bergambar dengan Kak Laila..
Kenangan bersama rakan serumah.. Dayang Suhailawati dan Dayang Su..
Masih pilu...
Jangan bersedih lagi...
Adegen menyayat hati..
Cik Robaini bergambar kenangan dengan Kak Laila.
Kak Laila bergambar dengan Puan Nurul Aini, bekas guru Kak Laila semasa di SMK Engkelili.
Cikgu Suraya dan Kak Laila.

No comments: