JANGAN Klik sini:

Wednesday, October 15, 2008

E-mail Dari Mohd. Noor Nasriq (2002-2006)

Kali ini Cikgu ingin berkongsi email yang dikirimkan oleh Mohd. Noor Nasriq (bekas pelajar 5A 2006). Cikgu sangat gembira menerima email tersebut dan berharap agar lebih ramai pelajar yang sudah melanjutkan pelajaran dimana-mana institut pengajian tinggi akan berkongsi cerita agar pelajar-pelajar SMK Pusa yang berada di sekolah akan teruja dan akan belajar bersungguh-sungguh. Terima kasih Mohd. Noor Nasriq!
Hai cikgu Terry...

Sekarang ini saya berada di ASEAN Bintulu Fertilizer Sdn. Bhd. Saya tegah praktikal. Terima kasih kerana masih ingat saya, walaupun agak lama juga saya meninggalkan smkp. Saya belajar di Politeknik Kuching Sarawak dalam jurusan Kejuruteraan Awam. Skrg saya ambil sijil, hbis sijil sya smbg diploma. Lepas tu kerja. InsyaAllah. Rindu pulak rasanya zaman2 sekolah dulu!! Apa yang diajar smasa sklh dlu semua diulang kembali. Terutamanya matematik tambahan. Kalau kt sklh memg rasa susah, bila kat sini sgt senang. Tapi perkara asas perlu tahu lah. Kalau bidang enginer ni jarang pakai bio, yg bnyk pakai adlh fizik n kim. Kalau x da basic mmg ssh. Pesan kt semua pljr sn smkp, supaya bljr btul2. Jagan menyesal dikemudian hari.

Kat politeknik ada bnyk kursus dlm enginering ada juga it n perdagangan. Saya galakkan pljr smkp msuk politek lah cikgu... Byrn x mahal sgt, dlm rm700 shj. Suasana ok. Mmg sesuai utk pljr smkp lh. Cuma kita bnyk berdikari lah. Sebab kita akn jumpa banyak kawan dari seluruh mlysia. Dlm kelas sy tak ada sorng pun yg dari smkp or kws sekitar. Ada yg dri lawas ada dr sabah. mcm2 lh. Kt sini selalu hujan sebab politek terletak di kwsn pergunungan. betul2 di kaki gunung serapi. Stp hujg minggu kdg2 sy n kwn2 pg waterfall.

Kt poltek kita kena aktif dlm persatuan dsb. Saya jadi exco kamsis. Exco ni mcm penagwas lh. kamsis tu nama asrama kt sini. Kalau ada jetn dlm politek senang dpt asrama. Asrama kt sini terhad. Semasa saya semester 1, sya bnyk ikut xtvty. antaranya.. Penutupan kemerdekaan 07 di stadium besar srwk, larian merdeka di sekitar kch, deligasi ke pontianak indonesia. Kemahiran yg saya belajar di smkp banyak membantu saya, terutamanya dlm mjd mc mjlis. Kat politek, sy seringkali mjd mc mjls. mjls kemerdekaan dsb. Sebab itulah saya dpt asrama. tak payah sewa rumah. pinjaman untuk pelajar sijil rm1500 1 sem dr Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Utk diploma rm2500 1 sem dr PTPTN. Sy dpt kptm jer. Itu pun cukup2 utk blnja sdr.

Masa kuliah kat politek sgt padat. Paling awal mula jam8am n plig akhir jam4.30pm. rehat tghri skp jer. tp malam x da lh. Kemahran bercakap di hadapan org ramai n menggunakan pc sgt penting sebab banyak presentation kena buat. kalau tak berani kena cuba. tak kira bm or bi. Pernah saya jumpa pljr dr smk saribas dia tak pandai nak cucuk pen drive pd pc. sampai dia mintak tlg sy. mcm2 lh kita kena belajar.Utk pljr engring bengkel 2 kali seminggu. Ukt it plak sy tak thu. Paling sakit bg sya bengkel Ukur Kejuruteraan. Di mana sy n geng2 sekelas berpanas di terik matahari. nak jadi land servey....

Bljr kt sini kena pandai atur masa. Masa sgt pendek. assigment sgt banyak. dalam masa 1 sem terasa begitu pendek sekali. Semasa saya sem 1, sya sempat berjumpa rombongan lawatan smbil bljr dr smkp. Hanya sya n sharly kho shja pljr smkp semasa jul 07. Slps tu bnyk jg pljr dr smkp msuk pd jan 08.

Dalam kelas saya ada 33 orang pada hari pendaftaran, lepas 2 atau 3 bulan makin kurang. Skrng ni tinggal 23 org shj. Ada yg berhenti sbb x tahan dgn cabaran. Ada yg repet paper. Ada yang terpaksa ulang sem. Kalau gagal salah satu subjek kena repet balik. Kalau 3 subjek gagl atau pointer rendah kena repet sem. Kalau teruk sgt kena buang. Tapi saya tak ada apa2 lah. Pointer sederhana shj. Kalau pointer 3.5 keatas dapat anugerah.

Skrg saya praktikal dalam sem 3 bagi pljr sijil. Slps praktikal ada 1 sem lagi. Bg pljr diploma sem 4. selepas praktikal ada 2 sem lagi. Tempat praktikal, cari sendirilah. Tempat saya praktikal sekarang ada elaun dari ABF sbnyak RM500 sbulan. Terpulang pada company tempat kita praktikal lah.

Setakat ini sahaja lah cikgu. Ada masa saya hantar lagi. Selamat berjaya pelajar smkp....

No comments: