JANGAN Klik sini:

Thursday, July 01, 2010

Kejohanan balapan dan padang SMK Pusa kali yang ke-25, Siapakah Bakal Menjadi Juara?

KHAMIS,1 Julai 2010- Kejohanan balapan dan padang kali ke-25 telah berlangsung di padang SMK Pusa. Sebanyak 90 acara dipertandingkan dalam pelbagai kategori mulai hari ini sehingga hari Sabtu nanti yang bakal menyaksikan lima buah rumah sukan bersaing merebut gelaran juara. Antara rumah yang bertanding adalah Musytari, Pluto, Zuhal, Utarid dan Marikh.

Hari ini sebanyak 26 acara telah dipertandingkan, antaranya 100m, lontar peluru, lompat jauh dan banyak lagi. Namun, sehingga jam 4.40 petang dengan hanya 14 acara sahaja, Marikh telah berada dikedudukan teratas dengan jumlah markah sebanyak 82. Tahun ini siapakah yang akan menjadi juara dan siapakah yang akan bergelar Olahragawan dan olahragawati?

Berikut merupakan keputusan terkini markah dan jumlah pingat untuk 14 acara yang dipertandingkan sehingga jam 4.40 petang. Rumah Marikh dikedudukan teratas sekali dengan pungutan 3 emas, 3 perak dan 8 gangsa dengan jumlah markah sebanyak 82.

Dikedudukan tempat kedua pula adalah rumah Utarid dengan 3 emas, 3 perak dan 3 gangsa. Rumah Musytari pula ditempat ketiga dengan jumlah pungutan markah sebanyak 60, kurang 13 markah dibelakang Utarid. Pluto dan Zuhal masing-masing dikedudukan keempat dan kelima dengan pungutan markah sebanyak 52 dan 40 markah.

Masih terlalu awal untuk meramalkan juara kejohanan pada tahun ini walaupun ramai yang meramalkan Marikh bakal menjuarai pada kali ini dan ini diakui sendiri oleh pengurus rumah Marikh, Encik Rusnizam bin Salleh.

“Rumah Marikh pasti menjadi Juara! Positif,” Katanya dengan penuh kepastian.

“Seandainya ini menjadi kenyataan, hari Isnin kita akan bercuti,” Tambah beliau lagi.

Apabila ditanya kepada pengurus rumah sukan yang lain, ini pula kata mereka.

“Jangan pandang kami sebelah mata, walaupun dikedudukan terakhir pada pra-kejohanan bukan bermakna kami tidak akan bangkit semula,” Kata Encik Jackson, pengurus rumah Zuhal.
“Hari ini atlet Zuhal masih memberi peluang untuk rumah lain menyinar, lihatlah nanti anda semua pasti terkejut dengan semangat Zuhal yang baru. Tambahan pula, ini baru 14 acara”, Katanya lagi.

Apabila ditanya kepada En. Mohd. Arif, pengurus rumah Musytari ini pula kata beliau.

“Musytari bakal Juara! Ini bukan sekadar kata-kata penyedap untuk didengar, saya percaya ahli rumah Musytari sudah bersedia mengukir sejarah dengan merebut gelaran juara yang kami harap-harapkan.”

Melihat keadaan yang agak ‘panas’ dengan semangat baru semua pengurus sukan rasanya inilah kali pertama SMK Pusa bakal menyaksikan perlawanan sengit yang bakal menimbulkan banyak drama.

“Saya bukan nak cakap besar, tapi rasanya dengan bimbingan daripada saya, saya percaya Utarid yang bakal membawa pulang gelaran juara pada tahun ini, percayalah”, Ujar En. Mohd. Helmi pengurus rumah sukan Utarid dan kata-kata beliau turut diakui oleh penolong beliau, Cik Norfarjurawati.

“Benar kata En.Mohd. Helmi itu, saya percaya kerana kami telah berusaha bersungguh-sungguh sebelum kejohanan ini bermula. Maka, Utarid yang bakal menang!”

Bagaimana pula kata pengurus rumah Pluto?

“Susah nak kata, tapi rasanya Pluto akan mengekalkan kejuaraan tahun ini kerana selama ini saya dapat merasakan aura daripada atlet Pluto yang bersungguh-sungguh semasa latihan dan sudah pasti gelaran juara tahun lalu membuatkan kami terus berusaha untuk mengekalkannya. Buat semua pengurus sukan yang lain, jangan bermimpi di siang hari”, kata En. Hasmizar Ali dengan penuh makna.

Apa pula kata anda? Tunggu dan lihat siapakah bakal menjuarai kejohanan kali ini.

p.s: Semua perbualan diatas sekadar gurauan sahaja. Jangan ambil hati.. jangan marah J Selamat maju jaya buat semua rumah sukan!

Sumber: Buletin kejohanan balapan & padang, Bil.1 Edisi Khas Sukan.

No comments: