JANGAN Klik sini:

Monday, July 05, 2010

Tahniah Rumah Utarid.. Juara Rumah Sukan kejohanan balapan dan padang SMK Pusa kali ke-25..

SABTU, 3 Julai 2010 - Rumah Utarid telah melakar sejarah apabila berjaya menjuarai kejohanan balapan dan padang SMK Pusa kali ke-25. Kejayaan tersebut sekali gus membuktikan usaha kuat ahli rumah Utarid membuahkan hasil.
Pengurus Rumah Utarid, En. Mohd. Helmi melahirkan rasa gembira beliau apabila berjaya membawa rumah sukan menjadi juara.
"Memang saya telah jangka dari awal kami akan menang, namun ada juga masanya kami berusaha agar ia benar-benar menjadi kenyataan. Seperti yang saya nyatakan awal-awal kejayaan ini adalah kejayaan semua ahli rumah Utarid yang tidak jemu-jemu berusaha. Saya benar-benar gembira!", ujar beliau.
Naib Johan pula disandang oleh rumah Marikh dan tempat ketiga pula rumah Musytari. Rumah Pluto dan Zuhal masing-masing di tempat keempat dan kelima.
Kami menang!
En. Mohd. Helmi
Penolong pengurus yang jelita, Cik Norfarjurawati.
Seronoknya!
Tahniah...

No comments: