JANGAN Klik sini:

Monday, July 26, 2010

Selamat Tinggal Cikgu Mohd. Arif bin Bakri..

Seluruh warga SMK Pusa mengucapkan selamat tinggal buat Cikgu Mohd. Arif yang telah berpindah ke SMK Bandar Baru Ampang, Selangor setelah berkhidmat semenjak Nov 2008. Cikgu Mohd. Arif seorang guru Biologi yang disayangi oleh pelajar SMK Pusa merupakan peminat setia cerita korea.. (Jangan marah Arif..) Beliau juga seorang yang perihatin terhadap pelajarnya serta merupakan seorang guru yang mudah didekati. Beliau yang baru mendirikan rumahtangga menyatakan berat hati untuk berpindah namun beliau terpaksa kerana demi masa depan keluarganya. Semoga cikgu Mohd. Arif akan sentiasa mengenangkan SMK Pusa buat selama-lamanya. Terima Kasih Cikgu Mohd. Arif...









Gambar oleh: Miss Felicia Tersan.

p.s: sepatutnya ada rakaman video tetapi video tersebut tidak dapat di save kerana masalah teknikal. Apa boleh buat..

No comments: