JANGAN Klik sini:

Tuesday, April 24, 2007

MSS Betong: SMK Pusa menangi 3 Emas, 2 Perak dan 2 Gangsa!

Oleh: Normadiah Gapur.
BETONG 27 Feb - MSS peringkat Bahagian telah berlangsung di Stadium Betong. Sukan ini yang dianjurkan oleh SMK Agama Sri Aman, Saratok telah bermula pada 27 Febuari sehingga 1 March. Kejohanan yang berlangsung selama 5 hari ini telah dirasmikan oleh pegawai Sukan Betong disertakan dengan acara perbarisan.
Sebanyak 13 buah sekolah telah mengambil bahagian iaitu SMK Pusa, SMK Saratok, SMK Saribas, SMK Ulu Layar, SM Teknik Betong, SMK Datuk Patinggi Kedit, SMK Spaoh, SMK Beladin, SMK Kalaka, Roban, SMK Kabong, SMK (BM) Saratok, SMK St. Augustine dan tuan rumah SMK Agama Sri Aman, Saratok.
Sepanjang kejohanan tersebut, semuanya berjalan dengan lancar dan teratur. Para atlet dinasihatkan agar tidak menggunakan sebarang jenis dadah untuk menguatkan otot untuk tujuan penipuan. Acara yang dipertandingkan termasuklah acara balapan dan padang.
Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Patinggi Kedit telah menjadi Johan keseluruhan untuk kejohanan MSS peringkat bahagian Betong ini.
Sekolah kita pula sekadar menduduki tempat ke-11 daripada 13 buah sekolah yang turut serta. SMK Pusa yang menghantar 78 orang atlet dan diiringi oleh 14 orang guru pengiring yang diketuai oleh Cikgu Hj. Kulana bin Nansi (PKKK). Daripada 14 orang guru tersebut, 11 orang adalah guru lelaki dan selebihnya adalah guru perempuan. Antara guru yang terlibat adalah En. Ismail Maharip, En. Iskanna, En. Dennis Ladin, En. Aben Mantali, Cik Zurida, Cik Dayang Suhaila, Cik Hanawati, En. Kho Ah Tau, En. Bustari, En.Roslan, En. Eldrin Faisal dan En. Mohd. Tahih.
Atlet yang berjaya mendapat pingat emas bagi kontigen SMK Pusa ialah Firdaus bin Umar dan Zusri Abdullah dalam acara rejam lembing lelaki 18 tahun dan lelaki 14 tahun. Manakala pingat emas yang seterusnya diperolehi oleh Amiruddin bin Abdul Kadir dalam acara 5000 terbuka lelaki 18 tahun.
Nor Asila binti Musadad pula telah memperolehi pingat perak dalam acara lompat tinggi perempuan 15 tahun. Faizal Zain mewakili sekolah kita dalam acara lompat tinggi lelaki 14 tahun dan berjaya memperolehi pingat perak.
Acara lompat tinggi sekali lagi menymbangkan pingat gangsa apabila Zakwan bin Bruce berjaya membuat lompatan dalam acara lompat tinggi lelaki 18 tahun.
Dalam acara lari 1500 berhalangan pula, Amin telah berjaya mendapat sebutir lagi pingat gangsa menjadikan pada keseluruhannya, SMK Pusa telah berjaya membawa pulang 3 emas, 2 perak dan 2 gangsa.
Secara keseluruhannya SMK Pusa telah memberikan satu cabaran yang sengit walaupun sekadar meraih tempat yang kesebelas. Namun apa yang paling penting adalah kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh para atlet semua.
Acara penutupan telah dilaksanakan oleh pegawai sukan Betong dengan memberi ucapan penutupan.

No comments: