JANGAN Klik sini:

Tuesday, April 24, 2007

TAHNIAH! BOLA BALING: PASUKAN PEREMPUAN 15 TAHUN KE BAWAH TEMPAT KETIGA.

PUSA 2 APRIL - SMK Pusa telah menjadi tuan rumah dalam Kejohanan Bola Baling MSS Bahagian Betong kategori 15 Tahun Ke bawah yang telah berlangsung selama 2 hari dari 2 hingga 3 April 2007.
8 buah sekolah telah menghantar pasukan. Antaranya ialah SMK St. Augustine, SMK DP Kedit, SMK Ulu Layar, SMK (BM) Saratok, SMK Kabong, SMK Beladin, SMK Spaoh dan SMK Agama Sri Aman, Saratok.
Sekolah kita telah menghantar dua pasukan yang terdiri dari pasukan lelaki 15 tahun kebawah dan perempuan 15 tahun kebawah.
Pasukan sekolah kita telah dilatih oleh tiga orang guru iaitu En. Bustari Bujang (Pengurus pasukan), Puan Liew Siew Fah (Jurulatih) dan Cik Zuraidah Ibrahim (Guru Pengiring).
Pasukan perempuan bawah 15 tahun sekolah kita telah mendapat tempat ketiga manakala pasukan lelaki tidak mendapat sebarang tempat.
Keseluruhannya, SMK Agama Sri Aman, Saratok telah menjadi johan manakala SMK Kabong naib johan dalam kategori perempuan. SMK Agama Sri Aman, Saratok juga menjadi johan kategori lelaki 15 tahun kebawah. Manakala SMK St. Augustine, Betong naib johan dan tempat yang ketiga pula SMK DP Kedit Betong.
Pasukan lelaki kita diwakili oleh Mohd. Rashid Musa, Mohd. Ezuan Hasla, Raduwan Ben, Nasri Mohammad, Julihi Sarbini, Mohd. Hanafie Othman, Ridzuan Mohamad, Izzul Mustanir Abang, Fauzi Kipli, Mohd. Syafiq Ahmad, Abg. Mohd. Asril Sabli dan Mohd. Azrin Abu Bakar.
Manakala pasukan perempuan pula diwakili oleh Kana Ismail, Masna Sani, Ummi Nasuha Azman, Hafizah Drahman, Siti Norshella Amin, Nor Ikmaniza Isa, Dyg Rawaida Abg Ridzuan, Nor Asiah Usop, Nurul Hafaslin Jalani, Dyg. Nadia Abg Abu, Normiah Ramlie dan Noriati Mohd. Nasizr.
Secara keseluruhannya, sekolah kita telah menunjukkan peningkatan apabila telah berjaya melayakkan diri ke separuh akhir bagi kategori perempuan 15 tahun kebawah sekali gus mendapat tempat yang ketiga.
Bagi pasukan lelaki, jangan berputus asa. Diharapkan dengan pengalaman ini anda semua bakal bersinar pada tahun-tahun yang mendatang. Tahniah kepada SMK Pusa kerana berjaya dalam penganjuran ini.

1 comment:

Anonymous said...

Wow! Nice blog! I hope someday i could make a blog for my school one day.. Hope u happy always...

Google me: Ralphael Silek Bugie