JANGAN Klik sini:

Tuesday, April 24, 2007

Tiga Duta Kecil SMK Pusa ke Pulau Pinang.

Tiga orang pelajar kita telah terpilih mewakili Sarawak dalam kejohanan MSSM peringkat Kebahagian yang telah berlangsung di Pulau Pinang. MSSM Pulau Pinang telah berlangsung selama seminggu mulai 12 March sehingga 16 March.
Pelajar SMK Pusa yang telah terpilih ke peringkat Kebangsaan adalah Mohd. Haziq Suhaili, Mohammad Sahree Isa yang bertanding dalam kategori 18 tahun ke bawah dan Shamawi Suhaili, bagi kategori 15 tahun ke bawah.
Sebelum ini mereka bertiga telah menunjukkan prestasi yang membanggakan bermula dengan kejohanan MSS Bahagian Betong dan MSSS di Limbang.
Kali ini pasukan Sarawak telah mendapat tempat ketiga dalam kategori lelaki 18 tahun ke bawah. Ini bermakna salah seorang pelajar SMK Pusa iaitu Mohd. Haziq Suhaili merupakan antara pemain yang terbaik di Sarawak bagi kategori tersebut.
Buletin PC2010! belum berkesempatan untuk menemuramah beliau serta dua rakannya yang lain bagi keluaran ini. Kami akan cuba menemuramah mereka bagi memaparkan pengalaman mereka sepanjang menyertai kejohanan yang berprestaj tersebut Walaubagaimanapun, kita ucapkan syabas kepada mereka dan juga kepada jurulatih mereka yang telah membawa kejayaan ini.

No comments: