JANGAN Klik sini:

Tuesday, April 24, 2007

SMK Pusa Naib Johan Bola Tampar.


ROBAN 27 MARCH - SMK Pusa telah menjadi naib Johan dalam pertandingan bola tampar peringkat MSSG Bahagian Betong yang berlangsung di SMK Kalaka bagi kategori lelaki bawah 18.
Sekolah SMK Pusa cuma menghantar 2 pasukan sahaja iaitu pasukan lelaki bawah 18 tahun dan lelaki bawah 15 tahun. Pasukan lelaki bawah 15 tahun telah mendapat tempat ketiga dari tiga pasukan yang menyertai. Walau bagaimanapun pemain-pemain muda ini telah menunjukkan satu permainan yang boleh dibanggakan kerana pertama kali menyertai pertandingan ini.
Tiga guru yang telah menjadi guru pengiring ialah cikgu Aben bin Mantali selaku pengurus dan jurulatih bagi lelaki bawah 18 tahun, cikgu Mohd. Tahih bin Awi selaku jurulatih lelaki
bawah 15 tahun dan cikgu Edrin Faizal bin Md. Isa selaku pengadil perlawanan.
Pasukan lelaki bawah 18 tahun terdiri daripada Mohd. Suffian Abu Kassim (5B), Abg Yussuf Abg Ba’aie (5E), Mohd. Zakaria Yussuf (5F), Hafiz Hamli (5D), Mohd. Suib Bokri (5B), Zulfazir Ani (5B), Kiswandy Mohd. Said (5B) dan Mohd. Ismawi Daud (5A).
Manakala pasukan lelaki bawah 15 tahun pula diwakili pelajar tingkatan tiga dan tingkatan dua iaitu Mohd. Nasharudin Abdul Wahid, Abdul Rahim Abdul Rashid, Mohd. Rafiudin Chiri, Mohd. Syahir Dohan, Raduan Ben, Mohd. Zulhasimi Julaihi, Khusaini Milos, Mohd. Raili Ismail, Sabri Jamali, Mohd. Faizah Alot dan Wan Ismail Wan Mat.
Apa yang lebih membanggakan warga SMK Pusa apabila 6 pemain kita telah terpilih mewakili bahagian ke Pertandingan Bola Tampar Peringkat Negeri di Mukah pada 25 April 2007
Menurut En. Aben Mantali selaku pengurus mereka, pemain bawah 15 tahun perlu lebih banyak latihan asas untuk menjadi pasukan mantap tahun2009 nanti. Katanya lagi persefahaman dan semangat berpasukan yang ditunjukkan para pemain sangat baik.
Tahun depan mereka bercadang untuk menyediakan pasukan bola tampar perempuan untuk pertandingan tahun hadapan. Pelajar tingkatan 1 akan dilatih untuk mewakili pasukan bawah 15 tahun dan pelajar tingkatan 3 akan dilatih untuk mewakili pasukan bawah 18 tahun pada 2007. Latihan wajib akan dilakukan seminggu sekali dan pada hari sabtu minggu pelajar asrama tidak balik kampung. Pemain lelaki tingkatan 2 akan berlatih bersama pelajar tingkatan 1 yang dipilih untuk mewakili pasukan bawah 15 tahun dan pemain tingkatan 3 akan berlatih bersama 6 lagi pemain tingkatan 3 yang akan dipilih untuk mewakili pasukan bawah 18 tahun pada tahun 2007.
Katanya lagi, semoga pihak sekolah terus memberi sokongan pada rancangan mereka.
Diharapkan selepas ini, kejayaan mereka akan menyuntik semangat pelajar lain untuk terus berjuang mengharumkan nama sekolah.
(Sekarang, mereka sedang menghadapi pertandingan Bola Tampar di Mukah, kami ucapkan selamat maju jaya kepada mereka...)

No comments: