JANGAN Klik sini:

Tuesday, October 17, 2006

5B: Menuju Puncak.

Mohammad B. Abdullah, Siti Fezlina, Hashimah dan Ibrahim.
Nak tahu tentang mereka? Si Mohamad ni seorang yang kurang bercakap tapi lebih dengan senyuman... dia ni walaupun dah ucap 'selamat pagi' apabila berselisih dengan cikgu... dia akan ucapkan sekali lagi untuk kali yang kedua bila berselisish kali yang seterusnya... Maka saya akan kata..."pagi...pagi...pagi..." :) Yang sentiasa senyum ni pula Si Fezlina, orangnya rajin berusaha.. tidak banyak menimbulkan masalah dalam kelas dan senang diajak berbual... kawan sebelahnya pula adalah si Hashimah... bersuara merdu bagaikan DJ Radio..hehe.. juga sentiasa memastikan dirinya selalu seiring dengan kawan-kawannya... dan yang seorang ni pula adalah 'budak cermin'.. tak habis-habis dengan cerminnya...ada-ada saje yang dia nak tengok... namanya Ibrahim.. ada sekali tu tanpa dia sedar ketika saya tengah menjaga kelas peperiksaan mereka...saya nampak dia sedang sibuk bercermin... kelakar cara dia bercermin... jangan marah Ibrahim.... hehe...
Kami kawan baik... Berdiri: Juliana dan Mohd. Mazri. Duduk: Siti Halimah dan Safina.
Mereka berempat ni memang sangat rapat... kalau duduk dalam makmal mesti satu meja.. Jejaka rebutan 3 gadis itu namanya Si Mohd. Mazri, seorang yang sukar difahami.. kadang-kala nampak bersemangat, kadang-kala macam tak cukup tidur pun ada... namun keputusan ujian dia agak memuaskan dan sering membuatkan rakan-rakannya tergugat... sebelah dia namanya Juliana.. dia adalah 'setiausaha' dalam kelab mereka... dalam kelas dia sering mengambil minit mesyuarat apabila mereka ada mesyuarat tergempar. Dua gadis tu pula namanya Siti Halimah dan Safina.. tak banyak bercakap namun kadang-kala kedengaran juga gelak tawa apabila si Mazri buat lawak yang tak best... namun mereka sentiasa berusaha gigih dalam pelajaran.
Berdiri: Mariana, Akmal Fiza dan Noor Aqidah. Duduk: Mohd. Ridzuan.
4 sekawan ni pula lain ceritanya, yang duduk bak raja tu namanya Mohd. Ridzuan atau dikalangan rakan-rakannya dia lebih dikenali sebagai 'umi'.. saya pun kurang pasti mengapa namanya begitu, mungkin dia seorang yang mengambil berat macam seorang ibu kot... Mariana pula orangnya lemah lembut dan selalu nampak macam kesedihan... usah sedih-sedih ya... dah nak raya ni... kalau sedih nanti baju raya tak muat...hehe... sebelah dia namanya Akmal Fiza, dalam kelas saya sering tersalah panggil antara dia dengan Noor Aqidah... Akmal seorang yang ceria dan bersemangat dalam pelajaran...dan kawannya si Noor Aqidah.. dimana jua anda berada.. semoga berbahagia selalu... selamat maju jaya dalam SPM.
Kalau nak cerita tentang 5 sekawan ni... panjang sangat..tapi nak bagi tahu juga hehe.. satu-satunya lelaki tunggal dalam gambar ni namanya Sudirman, sebut je nama sudirman teringat dengan penyanyi "Hujan" tu.. dia baru saja pindah ke sekolah ni tahun ni so saya hanya mengenali dia tak lama tetapi banyak juga yang saya tahu tentang dia...kawan kawan dia panggil namanya 'Su' singkatan daripada sudirman tu. Orangnya sentiasa menunjukkan prestasi yang memuaskan dan mudah untuk saya mengajar dia kerana dia seorang cepat faham. Sebelah dia adalah Haida, gadis yang tak mudah mengaku kalah. Kalau hari ini dia kalah dia akan cuba untuk mengambil kembali status yang hilang itu... sentiasa berusaha dan cekal. Lain pula dengan kawan dia si Nurul Mahaziah, seorang yang happy go lucky, pernah sekali saya marah dia atas sebab-sebab tertentu...ingatkan dia akan memasamkan muka tiap kali saya masuk kelas rupa-rupanya dialah orang yang paling ceria... hari ini dia asyik tanya "apa khabar cikgu" sampai saya pening... kanapa ni? cikgu nampak tak sihat ke? Sebelah dia pula si Juniah, gadis lemah-lembut.. dia ni memang pendiam.. tapi tak lokek dengan senyuman.. untuk Juniah, cikgu ucapkan selamat maju jaya ok. Yang malu-malu ni pula si Hafsah, antara pelajar saya yang sentiasa memberi saingan pada kawan-kawanya. Dia seorang yang tegas dan tidak mudah diperdaya.. ha..jangan cuba kacau dia...
Mereka bertiga ni mempunyai personaliti yang sangat berbeza.. ada yang pendiam dan blur, ada yang pendiam tapi membara di dalam dan ada yang gila-gila ya lah kadang kala okay.. sekejap gila balik... emm... nak tahu siapa mereka teruskan membaca... Si Mohd. Fadli merupakan pelajar yang diam..kadang kala sampai blur... tapi dia suka senyum sampai saya nak marah pun tak jadi... pesanan saya pada Fadli, usaha rajin-rajin ya... kamu boleh buat cuma tak keluarkan lagi... ingat ya.. setiap apa yang kita lakukan hari ini..kena bersakit-sakit dahulu..kemudian barulah kita senang.. Manakala yang duduk ni namanya Mohd. Putra, pendiam... pendiam.. dan tak banyak menyusahkan dalam kelas... prestasi pun agak okay, tapi diam-diam dia ni sedang membuat strategi untuk SPM yang akan datang...teruskan usahamu okay... Dan yang seorang ni pula lain ceritanya... hari ini penyakit "gila" dia datang lagi sampai saya geram... hehe.. siapa lagi namanya kalau bukan Romzi. Romzi ni seorang yang sentiasa gembira... ada ada saje lawak yang dia buat sampai rimas juga nak layan... senang saje nak tahu dia ni marah atau tidak... hehe...time gembira..dialah penceria kelas tapi kalau mood dia tak okay... lupa pula dia ada wujud dalam kelas... tapi tanpa dia..kelas memang sunyi sepi... mana kau Romzi???
Berdiri: Hazamzuan dan Sait. Duduk: Suhana dan Mohd. Safri.

Si Sait tu tgh buat apa? Inilah 'anak' saya yang paling nakal.. dah lah nakal dia ni paling susah dijaga...ada-ada aje hal yang dia buat. Tapi itu dulu... sekarang Si Sait dah jadi budak baik, rajin buat ulangkaji sampai waktu makan pun dia asyik lupa..pernah sekali tu 3 hari 2 malam tak makan... bagus budak ni... :) Manakala si Angah (Hazamzuan) pula bukan saja rajin tapi sentiasa menjadi pendorong kepada adik-adik dia supaya sentiasa berusaha.. dia antara pelajar saya paling banyak peningkatan...semoga SPM nanti Hazamzuan turut membuat sesuatu yang membanggakan ok. Mohd. Safri Ishak pula abang sulung empat berdik ni... selaku si along dia sentiasa menjaga kebajikan adik-adiknya. Nama panggilan manja dia "Lenggang"... seorang yang kuat berusaha juga dan kadang-kala naik dan kadang kala turun... tapi percubaan SPM yang lalu dia lulus subjek saya... Anak perempuan tunggal ni pula namanya Suhana, selalu senyum... sikit-sikit senyum... marah pun senyum... katanya raya tahun ni dia tempah 3 pasang baju dari Tom Abang Saufi... apa-apa sajalah... janji lepas raya jangan lupa belajar bersungguh2 sebab SPM tak lama lagi, katanya dia nak masuk Universiti.. UiTM.. Baguslah... teruskan usahamu...

No comments: