JANGAN Klik sini:

Sticky notes:

Ingin mengiklankan perkhidmatan atau promosikan kolej anda di majalah Sekolah Tandang Sari SMK Pusa?

MURAH... BERMULA DARI RM100++

Sekiranya terdapat kolej swasta atau sesiapa sahaja yang ingin mengiklankan iklan anda dalam majalah sekolah Tandang Sari, anda boleh menghubungi saya dengan menghantar email ke
qkx7254@hotmail.com atau SMS: 013-8122471 (Cikgu Terry), saya akan memberikan butiran lengkap cara untuk mengiklankan iklan anda. Jutaan terima kasih saya ucapkan.. :)


Saturday, October 14, 2006

Bermula di sini.....

Sungguh teruja rasanya ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua... Tujuan blog yang bernama "Little Cat: SMK Pusa" ini dilancarkan adalah untuk menunaikan janji saya kepada pelajar-pelajar saya. Sebelum ini saya pernah memberitahu mereka saya akan menghasilkan blog khas untuk warga SMK Pusa khasnya.

Blog ini juga adalah untuk semua bekas tenaga pengajar yang pernah berkhidmat di SMK Pusa. Semoga adanya blog ini dapatlah mereka mengetahui serba sedikit perkembangan tempat di mana mereka pernah menaburkan bakti. Semoga terubat sedikit kerinduan dan mengeratkan sekali lagi hubungan yang pernah terjalin sebelum ini.

Tidak lupa juga khas buat bekas pelajar SMK Pusa yang pernah belajar di sini. Blog ini juga adalah sebagai medan untuk mereka mengetahui perkembangan terkini tentang sekolah yang pernah menjadi sebahagian hidup mereka. Khas buat bekas pelajar 5E Sains 2004, 5D 2004, 5F Sains 2005, 5C 2005 dan 5D 2005...biarpun di mana jua anda berada... Blog ini untuk anda juga.

(Gambar di atas adalah pelajar tingkatan 4A 2006)

No comments: