JANGAN Klik sini:

Tuesday, October 17, 2006

Kelas 5A 2006.

"Sememangnya kami sangat gembira... anda bagaimana?"
Melihat wajah mereka berempat ni membuat saya tersenyum sendiri.. dalam kelas mereka ni sangat pendiam dan sentiasa berusaha... bertuahnya saya jadi cikgu anda... rasanya cikgu lain-lain pun rasa yang sama. Bukan apa, mereka ni dahlah pendiam..pemalu pulak tu.. Si Nadia jarang tengok dia ketawa terbahak-bahak biarpun kawan-kawannya buat lawak giler.. Si Basri lagi lah...letaklah Aznil ke, Adibah Noor ke..Apek ke atau sesiapa sajalah... pelawak tu mesti balik dan nangis sebab lawaknya tak menjadi pada si Basri... jangan tak tahu si Basri ni banyak peningkatannya dalam Biologi tau... Teman dia Si Jamahari ni kecil-kecil cili api orangnya, dia walaupun kecil tetapi digeruni... mana taknyer... dalam diam tu dia selalu memberi saingan pada kawan-kawannya... teruskan usahamu okay.. dan Si cantik manis ni pula adalah si Norsafarini, jarang bercakap semasa P&P tetapi kalau dia bersuara mesti tanya soalan yang bernas... Inilah kisah mereka.
Berdiri: Mohd. Syarif dan Airahman. Duduk: Ziela dan Nurfarihin.
Hari ini saya tengok si Ziela tension semacam aje...ni cikgu nak nasihatkan Ziela, jangan tension-tension Ziela..raya dah nak dekat.. kalau asyik tension nanti kuih raya tak menjadi pulak.. hehe... Ziela, cikgu tahu Ziela dah cuba berusaha, jangan putus asa okay... Manakala si Nurfarihin ni adalah nama yang paling susah untuk disebut..nak eja pun susah... lidah terkial-kial... maka saya asyik panggil nama dia 'Isteri Poppye' sebab dia ni ada iras-iras bini Poppye.. kami panggil dia si Olive. Yang tinggi lampai sampai saya mesti mendonggak tiap kali bercakap dengan dia namanya si Airahman.. orangnya sangat bersopan santun sampi pernah suatu ketika dulu dia tak berani nak sampaikan pesanan kepada saya, katanya dia takut... eh..eh..garang sangat ke saya ni? Tapi bila saya mengajar kelas mereka barulah dia tak takut lagi.. kasihannya dia. Lain pula ceritanya dengan si Mohd. Syarif ni, payah nak tengok dia ni marah... sampai saya tertanya-tanya dia ni tak ada perasaan ke? Dia ni selalu "cool" aje... kalau ada masalah dia dapat tangani dengan baik... Harapan saya semoga semua anak murid saya berjaya...
Jika orang tanya, siapa pelukis yang berbakat dalam kelas 5A? Jawapannya mestilah Si Zuliswandy..sebab dia ni pandai bab-bab melukis, pernah sekali tu dia datang ke sekolah dengan muka penuh dengan warna..gara-gara asyik sangat melukis. Kalau anda tanya saya siapa 'setiausaha' majlis... Jawapannya si Amy, dia ni memang ada gaya seorang setiausaha...selain setia dia juga ber'usaha' orangnya... Dan jika anda tanya saya siapa pakar kewangan kelas ni? Jawapannya adalah Si Tang Siang Wei... sebab dia ni pakar menganalisis pasaran semasa.. kalau nak khidmat kepakaran beliau kena tempah dulu ya... Jangan tanya saya sebab jawapannya mestilah si Noraisyah ni... siapa lagi kalau bukan anak gadis kesayangan Cikgu Usop ni. Si Noraisyah ni kawan baiknya adalah si Mohd. Bakri, kalau mereka asyik berbisik-bisik tu..mesti tengah menjawab soalan matematik. Betul ke? Jangan tanya saya.. memang apa yang saya kata ni hanya usikan semata-mata... tiada kaitan dengan hidup dan mati.
Memperkenalkan....teng..teng... Shirly Kho, Mohd. Bakri dan Noor Nasriq... Untuk pengetahuan anda, si Shirly ni seorang yang sangat pemalu tetapi mempunyai semangat yang tinggi dalam pelajaran, beliau bercita-cita nak berjaya dalam hidup..itu katanya. Manakala si Mohd. Bakri ni hari ini selesema, siap pakai 'mask' lagi... terkial-kial juga dia menjawab soalan kertas 1 sebab 'lava' gunung berapi kadang kala meletus.. dia ni ada gaya seorang YB, ada-ada saje urusan rasmi yang perlu diselesaikan... manakala yang tinggi lampai ni pula si Noor Nasriq, seperti juga Alex dia juga tak hadir... demam. Semoga cepat sembuhlah ya...dah siap ke baju raya?
Dari kiri: Syarmina, Shahmiza, Alex dan Fairol. Mereka mempunyai cerita yang berbeza... nak tahu apa... Si Syarmina dah merancang nak buat baju raya siap tempah 5 pasang lagi untuk raya tahun ini, manakala si Shahmiza nak pergi rumah ke rumah saudara maranya untuk duit raya...katanya nanti bila dah habis sekolah tak leh nak mintak lagi... Manakala si Alex tak hadir ke sekolah hari ini, bila saya tanya si Shirly, dia kata Alex sakit perut... terlanjur saya tertanya.. "berapa bulan?" si Shirly pula jawab "sehari...." hehee... Si Fairol pula diam-diam dah siap buat biskut hari raya... banyak... katanya dia nak buat rumah terbuka besar-besaran... (Semua yang dinyatakan adalah rekaan semata-mata...jangan marah yea..nanti kena jual).
Mereka berempat mempunyai azam yang sangat tinggi untuk mencapai kejayaan. Akhir-akhir ini mereka sering membuat kejutan apabila keputusan mereka diluar jangkaan. Si Farhana ni gelaran barunya adalah Velvet, gara-gara wajahnya seiras macam penyanyi tersebut. Jangan marah ya Farhana... Manakala Azlina ni bukan 'Azlina Aziz' yang popular suatu ketika dulu..ni klon dia.. Azlina ni rajin orangnya. Manakala si Mustafa ni pula tak banyak cakap orangnya tetapi kadang-kala tu dia boleh juga melawak..sampai si Azlina dan Farhana sakit perut dibuatnya. Dan yang ini pula namanya Jalani.. Ketua tingkatan yang sangat berdedikasi orangnya. Tiap-tiap habis kelas Bio mesti dia minta autograf saya...hehee.. minta tandatangan lah....Dari kiri: Farhana, Azlina, Mustafa dan Jalani.
Dua sahabat baik yang pernah berlakon dalam siri "Gerak Khas", Si Mohd. Syarif memegang watak pelakon utama manakala si Mohd. Bakri memegang watak orang jahat... hehehe...
Pelajar 5A.. Mustafa, Jalani, Fairol, Alex dan kelihatan dari jauh tu Syarmina dan Noor Nasriq.

No comments: