JANGAN Klik sini:

Monday, October 16, 2006

Hari Guru Peringkat Sekolah (30 Jun 2006).

Sambutan hari guru tahun ini telah diadakan pada 30 Jun 2006. Sambutan kali ini sedikit berbeza berbanding tahun-tahun yang lepas kerana persiapan dan aturcara yang menyeronokkan telah menyerikan sambutan. Sambutan hari guru diadakan di dalam dewan yang dihias cantik oleh cikgu Rusnizam. Acara dimulakan dengan ucapan pengetua. Kemudian disusuli dengan persembahan pelajar, acara potong kek dan yang paling menyentuh hati adalah apabila pelajar beramai-ramai bersalaman dengan guru untuk mengucapkan selamat hari guru. Hari guru tahun ini adalah yang paling meninggalkan kesan buat semua warga pendidik SMK Pusa.... dan penutup acara adalah jamuan ringan. Petang nanti akan diadakan acara sukaneka dan sebelah malamnya acara Majlis Makan Malam Sambutan Hari Guru....
Hiasan pentas hasil kreativiti Cikgu Rusnizam..
Taklimat selepas sambutan hari guru oleh En.Mahli (Pengetua). Turut kelihatan Cikgu Hj. Ossen (PK1)
1...2...3....potong...selamat hari guru...
Acara potong kek.. wah..sedapnyer...
Dikir barat...
Persembahan dikir barat dari pelajar... tukang karut: Zulfazir dari kelas 4B.
Puan Hamidah, Cik Hanawati (dapat hadiah bunga...) dan Cik Suraya.
Cikgu Dennis, Cikgu Kho Ah Tau dan Cikgu T.
Cikgu Mok H.L dan Cikgu Chien Kai Hing.
Cikgu Zul dan Cikgu Saini Bakar.
Chien Kai Hing, Cikgu Moh Moi Houng, cikgu Tan Bee Seok dan cikgu N.G
Cikgu Hj. Kulana (PKKK), Cikgu Hj. Ossen (PK1) dan En. Mahli (Pengetua)
Ustaz Lokman dan Cikgu Haji Kulana.

No comments: