JANGAN Klik sini:

Thursday, July 26, 2007

Cintaku Terpaut Di Melaka Bandar Bersejarah: Ekpedisi Pendidikan Luar Pemangkin Pembinaan Modal Insan Yang Sempurna.

Oleh: Hafizzudin Jamali (4B)

EKPEDISI PENDIDIKAN LUAR PEMANGKIN PEMBINAAN MODAL INSAN YANG SEMPURNA.

Pada 18 Mac hingga 21 Mac yang lalu, satu khusus kepimpinan pelajar telah diadakan di Pusat Kokurikulum Santubong. Dalam khusus tersebut seramai 120 orang pelajar telah terlibat yang terdiri daripada setiap bahagian di Negeri Sarawak. Daripada 120 orang pelajar yang terlibat dalam khusus tersebut hanya 8 orang telah terpilih untuk menyertai Ekspedisi Pendidikan Luar yang diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri Melaka. Ekspedisi tersebut berlangsung selama seminggu iaitu dari 8 hingga 12 April 2007.
Pada 8 April semua peserta yang terlibat betolak dari negeri masing masing ke lapangan terbang KLIA dan seterusnya menaiki bas ke Pusat Kokurikulum Negeri Melaka.
Setelah tiba di destinasi, semua peserta melapor diri dan menerima taklimat daripada ketua komanden yang telah ditugaskan. Seterusnya peserta diminta berkumpul dalam negeri masing-masing dan ke sebuah khemah yang disediakan oleh pusat kokurikulum negeri Melaka bagi setiap negeri sebagai tempat penginapan. Pada sebelah malamnya pula, diadakan aktiviti ‘pecah bendul’ dimana semua peserta saling berkenalan antara satu sama yang lain yang pelbagai kaum. Semua peserta di bahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada negeri yang berbeza-beza. Pada malam itu pula kami berasa sungguh bertuah kerana dapat bekenalan dengan kawan-kawan yang berlainan negeri.
Pada hari kedua iaitu 9 April, diadakan pula aktiviti-aktiviti yang sangat menarik iaitu orientasi bandar laluan, berkayak, berbasikal dan paint ball. Pada mulanya kami telah melakukan aktiviti orientasi bandar laluan di bandar Melaka. Sepanjang aktiviti itu berlangsung para peserta dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah seperti A’Famosa dan Makam Laksamana Hang Kasturi. Seharian kami telah melalui bandar Melaka akhirnya kami selesai melakukan aktiviti yang telah dijadualkan. Pada sebelah malam pula kami telah melakukan aktiviti ‘malam kebudayaan’. Setiap negeri masing-masing memperagakan pakaian, tarian, lakonan serta membawa adat istiadat negeri masing-masing. Peserta dari Negeri Sarawak telah mempersembahkan lakonan yang mengisahkan tentang legenda Gunung Santubong. Pasukan kami telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut.
Pada hari ke-tiga pula, kumpulan kami melakukan aktiviti yang di tunggu-tunggu iaitu aktiviti berkayak. Kami mula berkayak dari jeti bandar Melaka menuju ke Pulau Besar dan mengelilingi pulau tersebut. Di pulau itu kami singgah untuk menikmati makanan yang telah disediakan. Selepas makan, kami telah di bawa melawat pulau tersebut. Antara yang ada pada pulau tersebut ialah tempat bersejarah orang yang terdahulu iaitu makam keturunan Nabi Muhammad yang ke-18 iaitu Sultanul Ariefin. Selepas menziarahi makam – makam, kubur-kubur dan sebagainya kami memulakan perjalanan kami semula. Hampir pukul enam kami sampai di tempat permulaan kami tadi. Selain aktiviti itu, kami juga sempat singgah di tempat penternakan kupang yang terletak diantara Pulau Besar dan bandar Melaka. Selepas selesai kami berkayak semula dan peserta kembali ke pusat kokurikulum Melaka semula.
Pada hari keempat pula, kami di suruh membuat aktiviti berbasikal yang jaraknya 44 km bermula dari pusat kokurikulum Negeri Melaka. Semasa berbasikal, kami dibawa ketempat pengusahaan kilang minuman ‘Tongkat Ali’. Selain itu juga, kami telah mendengar sedikit ceramah daripada pengusaha kilang tersebut. Selepas itu, kami memulakan perjalanan semula dan singgah di tempat persawahan penduduk Melaka. Kami melihat sawah padi mereka selepas di tenggelami air. Selain itu juga, kami telah diarahkan untuk turun ke sawah padi untuk menangkap ikan keli dengan menggunakan bakul. Selepas aktiviti itu, kami kembali ke pusat kokurikulum negeri Melaka dan tiba di pusat tersebut kira-kira pukul 3.30 petang. Selepas sampai ke tempat itu, kami akan membuat aktiviti terakhir iaitu aktiviti paint ball. Aktiviti itu berlangsung kira-kira dua jam setengah.
Pada sebelah malamnya pula, kami telah berkumpul di dewan serbaguna pusat kokurikulum negeri Melaka untuk mendengar ceramah daripada seorang doktor. Ceramah yang akan di sampaikan oleh beliau ialah mengenai kesihatan. Sepanjang malam itu, semua peserta memberi tumpuan yang khyusuk ketika doktor memberi ceramahnya. Ceramah itu berakhir kira-kira pukul 11.30 malam. Selepas tamatnya ceramah tersebut, kami telah diarahkan untuk tidur. Pada malam itu juga, perkara yang tidak diingini berlaku apabila dua orang peserta lelaki dari Pulau pinang di tangkap oleh ketua komanden ketika sedang merokok. Apabila ketua komanden itu tahu, dia mengarahkan semua peserta lelaki pergi berbaris di tempat perhimpunan. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, pada malam itu semua peserta lelaki di hukum berendam di dalam telaga yang terbiar dengan air yang berbau busuk itu selama satu jam lebih (12.00-1.30 pagi).
Pada keesokan harinya iaitu hari terakhir semua peserta melakukan khidmat masyarakat serta dibahagikan kerja masing-masing. Selepas khidmat masyarakat, semua peserta diminta berkumpul di dewan untuk acara penutupan perasmian oleh Ketua Negeri Melaka iaitu Datuk Seri Hj. Mohd. Ali Bin Mohd Rustam dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia iaitu Dato Dr. Haji Ahamad Bin Sipon. Maka berakhirlah ekspedisi tersebut. Sebelum hendak bersurai semua peserta bersalam-salaman antara satu sama yang lain dengan linangan air mata yang berderai. Kenangan di situ tidak dapat kami lupakan sama ada kenangan manis dan kenangan pahit. Dalam ekspedisi itu banyak cabaran, dugaan dan pengajaran yang kami perolehi. Semoga apa yang saya sampaikan dapat memberi keseronokan dan pengajaran kepada semua pembaca buletin ini. Itu sahaja yang saya dapat ceritakan mengenai pengalaman yang saya lalui. Jika ada tersilap bahasa yang disampaikan haraplah dimaafkan. Apa yang baik itu datangnya daripada Tuhan yang maha esa dan apa yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri. Sekian, terima kasih.

No comments: