JANGAN Klik sini:

Thursday, July 26, 2007

Untukmu.. (Cerpen Bersiri Khas Hari Guru)

“Apa? Tak bolehlah mak, jangan. Icha tak izinkan, biarlah,” kata Inca sedih. Icha mengerti akan keperitan yang terlukis di wajah maknya. “Tak apalah nak, mak akan ke rumah Mak Yam bekerja sebagai tukang cuci baju nanti ada upah bolehlah beli hadiah”, kata emaknya tenang. Sebaik sahaja mendengar kata ibunya ingin ke rumah Mak Yam menyerah diri untuk bekerja.
Malam yang gelap namun bersinar, hadir tanpa diundang. Icha duduk keseorangan di sebuah kerusi yang agak usang mengenang nasib hidupnya. Icha mula didatangi khayalan dan bercakap seorang diri, nak di kata gila tak juga, ini semua kerana Icha terlalu tertekan dengan keadaan hidupnya yang susah. Icha bercakap seorang diri memecah sunyi, “Kenapa bapa kejam! Sanggup tinggalkan kami demi perempuan yang ku anggap ‘neraka’. Kenapa dan mengapa ia harus terjadi? Bapa kejam!” Icha menyambung keluahannya.
“Apakah yang akanku hadiahkan kepada guru minggu depan, rumah ini tak ada apa –apa cuma sebuah katil dan kerusi buruk ini. Aku jemu dengan hidup ini. Aku tahu, semua bakal menjadi bahan ejakan. Mengapa orang mengejekku dan tidak mengerti bagaimana hidup seorang insan seperti aku. Aku malu, lagipun aku dah besar panjang dah tingkatan tiga siapa tak malu, seperti dulu semasa di tingkatan 1 dan 2 aku pernah diejek kerana tak bawa hadiah kepada guru. Masa itu, aku mengeluarkan cairan mata. Aku malu, pedih, sakit, dan sedih”.
Kata-kata Icha terhenti apabila ibunya menyampuk. Mak turut berkata sebaik sahaja mendengar Icha bercakap seorang diri. “Apa sedih, sedih ni Icha? Siapa tak sedih, bapa kau dah tinggalkan kita, abang Long kau entah ke mana, mujurlah abang kau yang lembut tu boleh tolong kita sekarang, semua tu emak tahulah Icha, sebab tu mak beria-ria sangat nak suruh kau ke sekolah manalah tahu kau dapat kerja doktor nanti bolehlah ubah cara hidup kita.”
Sekarang, Icha mula berpura-pura. “Apa mak merepek ni? Icha cuma hafal sajak. Sajak banyak perkataan sedih mak, sampai ke situ pulak mak ni..”
“Oh begitu”, maknya terasa tersindir.
Hari berlalu dengan cepat, esok adalah hari guru. Icha masih terfikir apakah hadiah yang akan dibawanya esok, adakah para rakannya mengejek?? Semua itu menjadi tanda tanya buat Icha sendiri. Icha dah sedia dengan semua itu...biarlah rakannya mengejek, Icha dah sebati dengan semua itu.
Pagi yang cerah, Icha mencium tangan maknya sebelum ke sekolah. Mak tahu sebaik perasaan yang bersembunyi di wajah anaknya, namun dia tak boleh nak buat apa selain berserah kepada Tuhan. Maknya hairan melihat telatah anaknya yang lain semacam, yang tak pernah dibuat, itulah yang dibuatnya pagi itu.
“ Mak, Icha minta maaf banyak-banyak, terima kasih kerana lahirkan Icha di dunia ini walaupun banyak dugaan melanda, Icha gembira mak. Icha janji nak tolong mak, kalaulah Icha tak dapat tolong di dunia Icha janji tolong di akhirat nanti. Icha tetap merindui mak walaupun hanya sesaat.”
Kata–kata Icha yang menghairankan maknya. Belum sempat emaknya berkata apa-apa, Icha berlari menghitung anak tangga.
Icha memberanikan diri mengeluarkan kata-kata yang lahir dari hati yang ikhlas. “Kenapa kamu semua ni? Kamu semua jahat. Jahat!! Aku janji aku akan bagi hadiah yang lebih besar daripada hadiah kamu yang kamu semua bagi. Kamu semua menunjukkan-nunjuk tapi aku ikhlas. Hari ini juga aku akan bagi. Lihatlah nanti!!!” kata Icha yang dibalas dengan gelak-ketawa rakannya. Icha sabar. Semua pelajar hari itu bersalam-salaman dengan guru tersayang masing-masing.
Waktu persekolahan pun selesai. Icha berjalan pantas menuju ke luar pintu pagar takut rakannya mengamuk disebabkan kata-katanya yang tidak terkawal tadi. Dalam masa itu juga, Icha teringat sesuatu bahawa dia lupa mengucap “Selamat Hari Guru” buat Cikgu Adrian, guru yang selalu membimbing dan menguratnya selalu. Tetiba saja Cikgu Adrian hadir dari pandangan. Icha berlari ke arahnya di luar pintu pagar. Icha terus memanggil Cikgu Adrian, Cikgu Adrian sedang menoleh sambil mengukir senyuman manis yang terukir di bibirnya. Senyumannya turut terbalas, dalam masa yang sama, sebuah van yang kelihatan ingin meragut nyawa Cikgu Adrian, Icha telah menolak Cikgu Adrian, Icha menyerah diri terbaring dan Cikgu Adrian terselamat, Icha pula terbaring. Darah Icha membuak-buak keluar namun sempat bersuara dalam keadaan begitu. “Selamat Hari Guru, terima kasih atas jasamu. Inilah hadiah buatmu cikgu saya menyelamatkan cikgu. Kirim salam terakhir buat semua terutamanya keluarga saya.” katanya pendek. Lalu saat itu juga sebak dadanya, udara di hidung terhenti, bermakna Icha menghembus nafas yang terakhir demi menyelamatkan guru yang tersayang. Cikgu Adrian terus menangis mengenang apa yang terjadi tadi sambil berkata seorang diri. “Aku yang patut terima ini Icha, bukan kau Icha. Kenapa kau menyelamatkan aku ...kau sendiri? Kau biarkan aku mati, biarlah. Aku terlambat, aku bodoh kerana akulah semua ini terjadi. Hadiah ini terlalu besar Icha.” kata Cikgu Adrian dengan perasaan yang teramat sedih. Semua warga sekolah serta keluarga Icha terharu dengan pemergian Icha buat selama-lamanya.

Bersambung...untuk mengetahui kisah selanjutnya bacalah Bulitin PC2010! yang akan datang. Tunggu jangan tak tunggu....
Oleh: Dayang Mariani (2A)

No comments: