JANGAN Klik sini:

Sticky notes:

Ingin mengiklankan perkhidmatan atau promosikan kolej anda di majalah Sekolah Tandang Sari SMK Pusa?

MURAH... BERMULA DARI RM100++

Sekiranya terdapat kolej swasta atau sesiapa sahaja yang ingin mengiklankan iklan anda dalam majalah sekolah Tandang Sari, anda boleh menghubungi saya dengan menghantar email ke
qkx7254@hotmail.com atau SMS: 013-8122471 (Cikgu Terry), saya akan memberikan butiran lengkap cara untuk mengiklankan iklan anda. Jutaan terima kasih saya ucapkan.. :)


Thursday, July 26, 2007

“Semuanya pertama kali....”, NADIA BT. DOLLAH.



Pergi melancong pastinya seronokkan? Lebih-lebih lagi kalau pergi ke Pulau Langkawi. Siapa tak mahu melepaskan peluang untuk pergi ke sana. Aku berasa amat bersyukur kerana terpilih untuk pergi ke Widerness Advanture Camp yang diadakan di Pulau Tuba. Kami sibuk menyimpan barang-barang yang perlu dibawa kesana. Aku, Mariamah dan Norlela asyik berborak. Pada malam itu, mataku tidak dapat dilelapkan kerana asyik mengingatkan bagaimana keadaan di sana. Hari yang kami nantikan sudah pun tiba.
Kami berangkat dari SMK Pusa pada pukul 7.00 pagi dan sampai pukul 12:30 tengah hari. Sampai sahaja di Airport Kuching kami berlima diarahkan mengangkat beg masing-masing dan sempat menangkap gambar sebagai kenang-kenangan. Kami berehat sebentar disana sambil menunggu pelajar sekolah lain. Apabila semua pelajar sudah sampai, kami disuruh berkumpul untuk mendengar talimat. Selesai mendengar talimat, kami disuruh guru pengiring makan tengah hari. Tepat pukul 5.30 petang kami berangkat dari Kuching ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Semasa aku menjejakkan kaki di kapal terbang, perasaanku menjadi takut dan menyebabkan jantungku berdegup dengan kencang. Maklumlah ini pertama kali menaiki kapal terbang. Aku beruntung kerana duduk bersebelahan dengan Norlela. Aku terkejut melihat permandangan yang sungguh indah dari atas. Kami sampai di KLIA pada waktu malam. Kelihatan lampu yang berwarna-warni menarik perhatianku. Aku terkejut melihat lapangan terbang disana sangat besar dan luas. Disana, kami bertukar flight. Kami masuk ke kapal terbang dan mencari tempat duduk masing-masing.
Setelah sampai di Lapang Terbang Pulau Langkawi. Kami mengguna bas untuk menuju ke tempat penginapan. Kemudian kami disuruh tidur awal kerana esok pagi kami kena bangun awal.
Kami bangun pada pukul 4.00 pagi dan berangkat ke pelabuhan feri pada pukul 6.00 pagi. Kemudian, kami sampai di sana pada pukul 6.20 pagi. Kami bersarapan pagi di sana sementara menunggu feri yang dinaiki kami. Aku dan Mariamah bersiar-siar di kawasan tersebut. Kami sempat menangkap gambar sebelum kami diarah untuk masuk ke dalam feri. Semasa di dalam feri, aku melihat permandangan sangat indah dan menarik perhatianku. Aku tidak sabar hendak sampai ke Pulau Tuba. Kami telah diagih kepada kumpulan masing-masing. Nama kumpulanku ialah Artair. Aku berasa sedih kerana berpisah dengan kawan-kawan yang lain.
Setelah sampai di Pulau Tuba, kami disuruh mencari kumpulan masing-masing. Trainer kami ialah Bang Janggut, Bang Taufik dan Miss Meggi. Kami disuruh memperkenalkan diri. Kemudian kami diberi sedikit taklimat dan kami pun disuruh oleh trainer, mengambil beg, botol, gelas, dan sebagainya.
Kami menggunakan dua buah bot untuk pergi ke Pulau Bumbum kecil. Setelah sampai di pulau itu, kami disuruh mengangkat semua barang yang kami bawa. Kami membina khemah, tandas dan sebagainya. Siap semua khemah, kami disuruh pergi ke pantai untuk mengapungkan badan di atas air. Air laut sangat masin menyebabkan mukaku menjadi pedih. Kemudian kami disuruh menyediakan makan malam. Kami diagihkan kepada tiga kumpulan iaitu leader team, cooking team dan hygene team.
Pada malam itu, kami bermain permainan yang agak menyeronok dan tidur pada pukul 12.00 malam. Pada pukul 7.00 pagi keesokan harinya kami disuruh untuk berkumpul dalam bulatan. Tujuan kami berkumpul pada pagi itu adalah untuk meluahkan perasan semasa berada di Pulau Langkawi. Tiba gelaranku, aku merasa berdebar-debar menyebabkan lidahku menjadi kelu. Kami disuruh bercakap dalam Bahasa Inggeris. Maklumlah aku tidak terlalu pandai bercakap dalam Bahasa Inggeris. Trainer kami membuat satu permainan yang agak membingungkan. Kami disuruh memandang kebelakang dan dia menyembunyikan sebatang kayu yang agak kecil. Rupa-rupanya batang tersebut di letak di jam tangannya. Beberapa orang rakanku tidak dapat mencari batang kayu tersebut. Aku ketawa kerana mereka seperti orang bodoh sahaja. Selepas itu, kami disuruh untuk berteriak sepenuh hati untuk menenangkan jiwa.
Kemudian, kami diajar cara menggunakan kayak. Sementara menunggu air pasang kami disuruh makan tengah hari. Aku makan bersama rakanku iaitu Yaya, Jati, Ain dan seorang guru perempuan. Aku tidak sabar-sabar hendak berkayak. Selesai makan tengahhari kami disuruh berkumpul untuk mendengar taklimat daripada trainer kami. Kami diagihkan kepada 12 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 2 orang. Aku bersama dengan pelajar dari Negeri Sabah bernama Korea. Kami diarah oleh trainer untuk mengangkat kayak ke laut. Aku berasa amat gementar apabila menaiki kayak. Maklumlah baru pertama kali katakan… kami diajar untuk menterbalikkan kayak. Semasa aku dan korea menterbalikkan kayak, keadaanku sangat tidak selesa kerana aku belum bersedia. Kami disuruh naik ke darat untuk mendengar taklimat semula. Aku tidak sabar-sabar lagi hendak pergi berkayak di tengah laut. Aku dan korea diarah berjaga di belakang untuk melihat feri yang lalu dari kiri dan kanan.
Kami meneruskan perjalanan menuju ke sebuah pulau yang berdekatan, iaitu Pulau Bumbum Besar. Di pulau tersebut, kami berehat untuk makan-makanan ringan yang telah dibawa oleh trainer kami, bagi menambahkan tenaga setelah penat berkayak. Disana, kami disuruh mengemaskan semua kayak yang telah digunakan tadi.
Malam itu, kami membuat persembahan mengikut kumpulan masing-masing dan membuat satu permainan yang agak menyeronokkan. Tepat 12:00 malam kami diarahkan masuk ke khemah masing-masing untuk tidur.
Pada pagi Rabu, kami disuruh mengemas semua peralatan yang perlu dibawa untuk pergi ke pulau yang lain pula. Kami menggunakan dua buah bot untuk menuju ke kapal nelayan. Semasa berada dalam kapal,saya melihat pemandangan indah di sekeliling pulau-pulau disana. Itulah kali pertama saya berada di tengah laut.. kami sampai di sebuah kapal laut. Selepas itu, kami diajar cara-cara untuk memandu kapal laut tersebut.
Aku tidak ketinggalan untuk memandu kapal tersebut. Itulah kali pertama aku mencuba memandu kapal laut. Kemudian, kami melakukan aktiviti berjalan di atas tali. Aku menjadi takut dan jantungku berdegup dengan kencang. Walaupun berasa takut, aku tetap memberanikan diri apabila berjalan di atas tali. Ia amat menyeronokkan dan timbul rasa berani dalam diriku.
Selesai aktiviti tersebut, kami menuju ke Pulau Tuba. Di dalam perjalanan menuju ke Pulau Tuba aku melihat pemandangan yang sangat indah dan air laut yang berwarna kebiru-biruan. Apabila sampai di Pulau Tuba, kami diberi sedikit taklimat daripada trainer kami yang baru itu ialah Abang Adam yang menggantikan tempat Abang Taufik yang tidak dapat bersama kami kerana dia ada urusan lain. Kami menggunakan dua buah trak untuk menuju di lokasi kami yang seterusnya. Kami berjalan kaki untuk kesana. Sampai sahaja di sana, kami suruh membina khemah dan mengemas barang-barang yang di bawa tadi. Hari mula gelap menyebabkan kami susah hendak bergerak. Pada malam itu, kami menunaikan solat maghrib beramai-ramai. Kemudian, kami makan malam bersama-sama. Selepas itu, kami bermain pemainan ‘tikus-tupai’. Siapa yang kalah akan dihukum minum air sebotol. Kami tidur pada pukul 11.50 malam.
Tepat pukul 5.40 pagi kami bangun untuk menyediakan sarapan pagi. Kemudian kami berkumpul untuk mendengar taklimat daripada Abang Janggut berkaitan tentang aktiviti ‘jungle tracking’. Kami mengambil masa 3 jam untuk sampai ke ladang getah. Ladang getah merupakan tempat terakhir kami. Kami sampai di sana pada pukul 4.45 petang.
Setelah sampai, kami disuruh berkumpul untuk mendengar taklimat sekali lagi. Pada malam itu, kami sibuk mengemas barang-barang untuk di bawa ke destinasi seterusnya. Selepas itu, kami disuruh untuk meluahkan perasaan kami semasa berada di Pulau Tuba. Kami berlatih untuk membuat persembahan yang terakhir pada pagi esok. Tepat pada pukul 1.30 pagi kami pun masuk ke khemah.
Pada keesokan paginya, kami disuruh untuk meruntuhkan khemah, tandas dan tempat memasak. Selesai kerja meruntuh, kami berjalan kaki menuju ke tempat mandi dan menunggu giliran kumpulan kami. Selesai mandi, kami pergi berkumpul di tempat yang telah disediakan. Setiap kumpulan mesti membuat satu persembahan. Aku berasa amat seronok melihat gelagat kumpulan lain. Tamat persembahan kami disuruh untuk berkumpul mengikut negeri masing-masing. Aku sempat membeli cenderahati di Pulau Tuba. Itulah kenangan yang paling indah yang saya tidak akan lupakan buat selama-lamanya. Yang pastinya banyak perkara yang aku lakukan di sana adalah buat pertama kali..

No comments: