JANGAN Klik sini:

Thursday, July 26, 2007

Fairol Hamid, Berlari mengejar pelangi kejayaan.

13 Mac 2007 merupakan hari yang paling mendebarkan bagiku. Mana tidaknya, keputusan SPM akan diumumkan pada hari tersebut. Berbekalkan hati yang berdebar-debar aku menuju ke sekolah semata-mata ingin melihat keputusan yang ku perolehi dengan hasil usahaku selama ini. “Teruklah Fairol. Kenapa BM tak kredit?” Tegur cikgu Kho Ah Tau yang sedang berjalan di depan koridor sambil tersenyum-senyum. Tersentap dihatiku mendengar kata-kata itu. Hatiku semakin berdebar. Adakah kata-kata tersebut benar? Jika benar, apa yang harus aku lakukan. Adakah aku dapat menyempurnakan masa depanku dengan berbekalkan keputusan yang sebegitu…. Oh, susah untukku lafazkan.
` Perlahan-lahan aku membuka pintu perpustakaan sekolah dan menuju ke meja. “Tengoklah keputusan kau ni” kata Bakri kepada ku. Aku Cuma mampu tersenyum melihat keputusanku..gembira pun ada kecewa pun ada. Cuma 4 A.. Tapi aku bersyukur kepada Tuhan kerana semua subjek kredit..termasuklah BM.”

Hola..apa khabar SMK Pusa? Sebelum itu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kelab penerbitan sekolah kerana memberi peluang kepada saya berkongsi cerita pada keluaran pada bulan ini. Tadi saya telah berkongsi pengalaman semasa mendapat keputusan SPM. Jadi saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar saya dan semua jasa yang mereka curahkan tidak akan saya lupakan. Tanpa ilmu yang diberikan oleh mereka semua, siapalah saya.
Saya juga berasa terharu kerana saya bukanlah pelajar yang bijak dan pandai sangat pun. Cuma sederhana sahaja dalam pelajaran tetapi itu tidak bererti saya tidak layak memberi nasihat kepada junior-junior saya yang bergelar pelajar smk pusa. Jadi di sini saya ingin mereka berusaha bersungguh-sungguh dan belajar rajin-rajin kerana saya tidak mahu mereka menyesal kemudian hari. Kumpullah ilmu sebanyak yang mungkin kerana dengan ilmulah satu-satunya jalan keluar dari jajahan kesusahan.
Macam mana nak mula ya?? Saya sebenarnya diminta berkongsi semua pengalaman, cara-cara belajar dan macam-macamlah. Kalau cara-cara belajar tu, em.. bukan apa, saya pun sederhana sahaja dalam pelajaran.. tapi saya belajar 4 jam sehari. 2 jam untuk siang dan 2 jam untuk malam. Tetapi dalam kelas saya akan menumpukan perhatian sepenuhnyalah. Itu sahaja yang boleh saya katakan. Setiap orang tu mempunyai cara belajar yang berlainan. Tapi yang penting kita selesa dengan cara kita sendiri.
Saya juga sedikit menyesal kerana subjek kegemaran saya iaitu KIMIA dan EST keputusannya agak teruk iaitu C5. Sebelum ini tidaklah seteruk itu, tapi nak buat macam mana. Itulah dikatakan nasib.. Tapi itu tidak akan mematahkan semangat saya untuk terus belajar.
Sekarang saya tengah memikirkan hala tuju saya selepas ini. Permohanan untuk ke matrikulasi tidak berjaya. Permohonan untuk ke IPTA juga tidak berjaya tapi itu tidak akan menjadi masalah untuk saya. Tetapi buat masa ini saya akan melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6. Saya juga akan menghadiri temuduga kursus perguruan (maktab) pada 21/5/2007 ini. Menjadi seorang guru adalah cita-cita saya sejak kecil lagi. Jadi saya berdoa agar temuduga itu nanti saya akan lulus dan sekali gus dapat merealisasikan cita-cita saya itu. Doakan lah kejayaan saya.
Selain itu saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di SMK Pusa. Semoga hasrat sekolah untuk menjadikan SMK Pusa sebagai sekolah cemerlang akan tercapai. InsyaAllah.. tiada yang mustahil dengan usaha dan kerjasama semua untuk menjayakannya.
Kepada cikgu Habsah Manterang, saya ingin mengucapkan tahniah dengan lahirnya anak perempuan yang cikgu ingin-inginkan selama ini. Semoga bahagia di samping anak-anak tersayang. Terima kasih banyak-banyak jugalah kepada cikgu di atas nasihat cikgu selama ini...
Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua terutamanya cikgu Terry kerana menberi peluang kepada saya untuk berkongsi cerita dalam buletin bulan ini. Semoga SMK Pusa akan terus berkembang dan maju serta dapat melahirkan pelajar-pelajar yang bijak pandai.
PUSA CEMERLANG 2010!!! AMIN….up sikit!!
Assalammualaikum… a go go!!!
(Sekarang Fairol sedang melanjutkan pelajarannya di Maktab Perguruan Tun Abdul Razak, Kota Samarahan)

No comments: