JANGAN Klik sini:

Thursday, July 26, 2007

SUKAN MSS SARAWAK PERINGKAT NEGERI DI LIMBANG



MSS Sarawak pada tahun ini diadakan di Limbang sebagai tuan rumah sukan MSS Sarawak peringkat negeri. MSS Sarawak ini telah berlangsung di Stadium Tertutup Dewan Limbang.
MSS Sarawak bermula pada 7 Februari 2007 dan berakhir pada 10 Februari 2007. Sukan MSS Sarawak ini disertai 8 bahagian antaranya Miri, Kuching, Limbang, Samarahan, Sarikei, Sibu, Kapit dan juga Betong.
Kontinjen Betong diiringi oleh En. Hj.Kulana Hj. Nansi sebagai pengurus, En. Ismail Mahrip selaku ketua jurulatih yang dibantu oleh En. Imirudy Ibrahim dan seorang pengadil jemputan iaitu En. Reany. Sekolah Menengah Kebangsaan Pusa amat berbangga kerana Pasukan Sepak Takraw Bahgian Betong banyak diwakili oleh pelajar SMK Pusa iaitu, Mohd. Haziq Suhaili, Mohd. Sabree Isa, Sharizam Adenan, Mohd.Fadzrul Hj.Kulana dan Mohd.Fadeli Sibang dalam kategori 18 tahun ke bawah dan Shemawi Suhaili, Ihsan Hakim Mat, Saidiq Al morzaded Bujang, dan Mohd. Faizal Jamali dalam kategori 15 tahun kebawah.
Pertandingan sepak takraw MSS Sarawak dipertandingkan dalam dua kategori iaitu berpasukan dan regu bagi kategori 18 tahun ke bawah. Manakala Kategori 15 tahun ke bawah hanya dipertandingkan acara regu sahaja.
Bahagian Miri telah menjadi Johan bagi acara berpasukan 18 tahun ke bawah. Naib Johan pula telah disandang oleh bahagian Kuching dan tempat ketiga pula di rangkul oleh bahagian Sarikei
Antara regu 18 tahun ke bawah telah dimenangi oleh bahagian Sarikei. Bahagian Betong turut tersenarai sebagai pemenang Naib Johan dan tempat ketiga dimenangi tuan rumah sendiri iaitu Bahagian Limbang.
Antara regu 15 tahun ke bawah telah dimenangi oleh sekali lagi Bahagian Miri. Naib Johan pula dimenangi oleh Bahagian Sarikei dan tempat ketiga iaitu bahagian Kuching.
Dengan ini juga, tiga pelajar dari SMK Pusa yang mewakili Bahagian Betong telah dipilih mewakili Sarawak Ke peringkat kebangsaan di Pulau Pinang yang telah berlangsung pada 12 Mac hingga 16 Mac 2007. Mereka adalah Mohd. Haziq Suhaili, Mohd. Sabree Isa dalam kategori 18 tahun kebawah dan Shemawi Suhaili dalam kategori 15 tahun ke bawah.
Kita berharap SMK Pusa terus cemerlang dalam permainan Sepak Takraw pada masa mendatang dan dapat melahirkan lebih ramai pemain yang boleh diketengahkan di peringkat negeri dan seterusnya di peringkat kebangsaan. Bukanlah sesuatu yang mustahil suatu hari nanti kita akan melihat bekas anak didik SMK Pusa bergaya di pentas antarabangsa. Pokok pangkalnya terletak pada kemahuan dan kesungguhan serta usaha gigih kita..

Oleh:
Mohd. Fadzrul Hj. Kulana

No comments: