JANGAN Klik sini:

Sticky notes:

Ingin mengiklankan perkhidmatan atau promosikan kolej anda di majalah Sekolah Tandang Sari SMK Pusa?

MURAH... BERMULA DARI RM100++

Sekiranya terdapat kolej swasta atau sesiapa sahaja yang ingin mengiklankan iklan anda dalam majalah sekolah Tandang Sari, anda boleh menghubungi saya dengan menghantar email ke
qkx7254@hotmail.com atau SMS: 013-8122471 (Cikgu Terry), saya akan memberikan butiran lengkap cara untuk mengiklankan iklan anda. Jutaan terima kasih saya ucapkan.. :)


Thursday, July 26, 2007

Jom.. Belajar teknik menghasilkan Sajak bersama Cikgu Aini Mondra.

TEKNIK MENGHASILKAN SAJAK

· TEKNIK PELUKISAN ALAM
· TEKNIK INTIPATI TEKS

TEKNIK PELUKISAN ALAM

Mencari idea/ ilham dengan membuat lakaran-lakaran (sketch)
ATAU
Merenung dan menghayati gambar yang sesuai
Memindahkan idea tersebut ke dalam bentuk kata-kata dan perasaan.

PEMILIHAN KATA[DIKSI]

Merujuk KAMUS untuk mencari kelainan kata nama/ kata kerja/kata adjektif/gelaran.
Contoh:
Pokok-pokok- pepohon/cemara
burung-Camar
pelangi-bianglala

MENCIPTA KATA-KATA [DIKSI]

Mencipta baris kata-kata yang terhasil daripada gambar.
Keaslian metafora(M) dan personifikasi(P) sehingga membentuk:
frasa; (M)- pohon asmara/(P)- kata matahari
baris; pohon asmara di hujung laut.
Rangkap
Kesatuan idea(cerita)

MEMBINA RANGKAP SAJAK
Aturan rangkap sajak bergantung kepada
Keupayaan membina cerita/ wacana
Kepadatan idea (KESATUAN)
Kelancaran pemikiran (difahami)
Contoh;
“wahai pohon asmara yang sepi di hujung laut mengapa diam meski desir sering berbisik?”
Kata matahari saat resah didamba duka


SEBUAH SAJAK LENGKAP

Sajak yang lengkap perlu memiliki;
i. Adunan SATU CERITA
ii. Kata-kata terbaik (kuasai gaya bahasa)
iii. Cerita bersifat sejagat (pengalaman yang dapat dirasai bersama-sama)
iv. Harmoni


Selamat mencuba dan teruskan berkarya

Sumber: Shamsuddin Othman

1 comment:

montague said...

ASMKM... CIkgu kamek mok belajar agik cikgu heheh