JANGAN Klik sini:

Sticky notes:

Ingin mengiklankan perkhidmatan atau promosikan kolej anda di majalah Sekolah Tandang Sari SMK Pusa?

MURAH... BERMULA DARI RM100++

Sekiranya terdapat kolej swasta atau sesiapa sahaja yang ingin mengiklankan iklan anda dalam majalah sekolah Tandang Sari, anda boleh menghubungi saya dengan menghantar email ke
qkx7254@hotmail.com atau SMS: 013-8122471 (Cikgu Terry), saya akan memberikan butiran lengkap cara untuk mengiklankan iklan anda. Jutaan terima kasih saya ucapkan.. :)


Thursday, July 26, 2007

Dayang Suhailawati Binti Awang Sulong


Nama penuh: Dayang Suhailawati Binti Awang Sulong.
Asal: Kuching, Sarawak.
Tarikh lahir: 2hb April 1981.
Umur: 26 Tahun.
Hobi: Membaca buku.
Universiti: UTM Skudai.
Matapelajaran yang diajar: Science F.2 & Mathematics F.1
Tarikh mula berkhidmat di SMK Pusa: 3 hb Jan 2007
Status: Single.
5 perkara menarik tentang Cikgu Suhailawati:
· Sukakan cabaran
· Tidak mudah putus asa
· Mudah menyesuaikan diri
· Jarang marah
· Suka aktiviti lasak.

Apabila berbual dengan Cik Dayang Suhailawati Binti Awang Sulong kita akan dapat merasakan dia seorang yang penuh keyakinan diri dan tegas. Namun, disebalik ketegasan itu terpancar sifat kewanitaannya. Seorang yang sukakan cabaran dan tidak pernah berputus asa dalam apa jua perkara yang dilakukan memudahkan dia untuk menyesuaikan diri di SMK Pusa.
“Pada mulanya rasa agak janggal. Nasib baik rakan-rakan banyak membantu dan menerima kehadiran kami guru baru dengan baik sekali,” katanya apabila diminta menceritakan pengalaman pertama kali menjejak kaki di Daerah Pusa.
“Saya fikir SMK Pusa tidak banyak bezanya dengan sekolah di bandar kerana sekolah menengah biasanya mempunyai kemudahan yang lengkap. Cuma saya tidak tahu bagaimana tingkah laku pelajarnya,” katanya lagi.
Kemudian, apabila ditanya apakah reaksi ibubapanya apabila dia ditempatkan di Pusa, dengan senyuman dia berkata “Mereka bersyukur kerana saya tidak ditempatkan di tempat yang lagi jauh.”
Buletin PC2010 bertanya adakah menjadi seorang guru merupakan cita-cita beliau. “Tidak,” Katanya.
“Semasa saya menjadi guru sandaran selepas habis belajar saya mulai menyukai profesion ini dan membuat keputusan untuk menjadi guru.” Ceritanya lagi.
“Pelajar disini mempunyai potensi untuk berjaya namun mereka tidak menyedarinya,” katanya apabila diminta pandangan mengenai budaya pelajar di SMK Pusa.
Apakah perkara yang paling sukar sekali kepada beliau semasa berkhidmat di SMK Pusa. “Saya rasa agak sukar mengendalikan pelajar-pelajar yang agak nakal di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran.”
“Bertemu dengan rakan-rakan yang baik dan memahami saya dan membantu saya dalam kesusuahan,” ceritanya tentang perkara manis yang berlaku sepanjang beliau berkhidmat disini.
“Saya harap pelajar menyedari bahawa setiap tindakan guru kepada pelajar adalah demi kebaikan pelajar. Pelajar harus menumpukan perhatian semasa guru mengajar.”
“Saya harap pelajar SMK Pusa akan berusaha untuk lebih berjaya pada masa akan datang dan mencapai matlamat sekolah,” pesannya kepada semua pelajar SMK Pusa.

No comments: