JANGAN Klik sini:

Sticky notes:

Ingin mengiklankan perkhidmatan atau promosikan kolej anda di majalah Sekolah Tandang Sari SMK Pusa?

MURAH... BERMULA DARI RM100++

Sekiranya terdapat kolej swasta atau sesiapa sahaja yang ingin mengiklankan iklan anda dalam majalah sekolah Tandang Sari, anda boleh menghubungi saya dengan menghantar email ke
qkx7254@hotmail.com atau SMS: 013-8122471 (Cikgu Terry), saya akan memberikan butiran lengkap cara untuk mengiklankan iklan anda. Jutaan terima kasih saya ucapkan.. :)


Thursday, July 26, 2007

Puan Angelia Tan: Dari Pusa ke KLCC














Setelah berkhidmat hampir lima tahun akhirnya Puan Angelia Tan mengucapkan selamat tinggal kepada SMK Pusa. Beliau akan berpindah ke Kuala Lumpur mengikut suaminya Mok Hang Liew yang juga bekas guru SMK Pusa. Puan Angelia akan memulakan tugas barunya di SMK Tasik Puteri, Kuala Lumpur bermula 1 Jun 2007. Sepanjang beliau berkhidmat di SMK Pusa, beliau merupakan guru matapelajaran Sejarah dan Geografi. Beliau juga merupakan ketua Panitia Sejarah dan merupakan guru penasihat PBSM dan Bola Jaring.
Anak kelahiran Kuching ini seorang yang peramah dan mudah mesra dengan sesiapa saja. Kami dari Buletin PC2010! mengharapkan agar beliau sentiasa berhubung dengan SMK Pusa dan mengharapkan agar beliau sudi menulis tentang pengalaman beliau untuk keluaran akan datang.

No comments: