JANGAN Klik sini:

Sticky notes:

Ingin mengiklankan perkhidmatan atau promosikan kolej anda di majalah Sekolah Tandang Sari SMK Pusa?

MURAH... BERMULA DARI RM100++

Sekiranya terdapat kolej swasta atau sesiapa sahaja yang ingin mengiklankan iklan anda dalam majalah sekolah Tandang Sari, anda boleh menghubungi saya dengan menghantar email ke
qkx7254@hotmail.com atau SMS: 013-8122471 (Cikgu Terry), saya akan memberikan butiran lengkap cara untuk mengiklankan iklan anda. Jutaan terima kasih saya ucapkan.. :)


Thursday, July 26, 2007

Karenah Pelajar

Oleh: Abdul Syukor (5A 2007)
“Assalammualaikum murid-murid” ucap Cikgu Hartini. “Hari ini kita akan membuat ulangkaji mengenai tajuk peribahasa. Cikgu harap agar anda pasang telinga baik-baik.”
“Cikgu macam mana nak pasang telinga?” sampuk Samad.
“Samad pasang telinga bermaksud menumpukan perhatian dan mendengar baik-baik. Baru minggu lepas Cikgu ajar, lain kali apa yang Cikgu ajar jangan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.”
“Mana pintu untuk masuk dan mana pintu untuk keluar Cikgu?”
“Mengajar kamu Samad bagai mencurah air ke daun keladi”
“Cikgu tak perlu susah-susah nak curah air ke daun keladi, hujan akan bantu Cikgu. Taklah penat sangat.”
“Mana kamu letak telinga dan mata kamu semasa Cikgu mengajar?”
“Cikgu tak nampak ke? Telinga saya ada di sisi kepala dan mata saya pula di depan”
“Samad kamu jangan buat Cikgu naik darah, nahas kamu nanti.”
“Buat apa naik darah Cikgu. Lebih baik Cikgu naik pangkat atau naik gaji”
“Samad, mati akal Cikgu dibuat kamu”
“Kasihannya Cikgu, muda-muda lagi dah mati. Takdir”
“Inilah akibatnya kalau anak-anak tidak diasuh dengan baik. Kamu ni dua kali lima dengan abang kamu, bagaimana acuan begitulah kuihnya. “Senang saja soalan tu, dua kali lima sama dengan sepuluh. Kalau kuih tidak ada acuan, bagaimana bentuknya Cikgu” “Sudah. Terima kasih murid. Kamu hanya membuang masa Cikgu”
“Cikgu.. Dimana cikgu membuangnya nanti saya tolong kutipkan.”
“Cikgu, di mana Cikgu membuangnya nanti saya tolong kutipkan”

No comments: