JANGAN Klik sini:

Thursday, July 26, 2007

“Ku telah jatuh cinta pandang pertama di Bumi Mahsuri”, Norlela.



Semasa kami sedang belajar matematik, dengan tiba-tiba Cikgu Haji Kulana muncul di depan pintu kelas kami dengan memegang sekeping kertas dan sebatang pen. Kami tidak tahu apa hajat dia datang ke kelas kami kerana dia jarang masuk ke kelas kami. Cikgu Haji Kulana bertanya kepada kami, siapa yang pandai berenang. Tidak seorang pun daripada kami yang berani mengangkat tangan. Dia pun menerangkan dengan lebih terperinci tentang tujuan yang sebenarnya. Saya tertarik dengan apa yang cikgu terangkan kepada kami. Tetapi cikgu telah beredar dari kelas kami.
Selepas rehat, Cikgu Haji Kulana datang semula ke kelas kami. Saya cuba mengajak Mariamah untuk menyertainya. Saya terus menghantar nama kami kepada Cikgu Haji Kulana. Dua hari kemudian, nama kami dipanggil ke bilik Cikgu Roslan. Betapa gembiranya kami apabila kami terpilih untuk menyertai kem ini. Saya bagaikan bermimpi apabila mendengar berita tersebut, maklumlah sebelum ini saya belum pernah sekali pun menjejakkan kaki ke Tanah Semenanjung. Seminggu sebelum kami berangkat, kami sibuk menyediakan peralatan yang perlu dibawa. Ketika itu, jarum jam dirasakan begitu lambat berputar. Saya, Mariamah dan Nadia sering membincangkan tentang hal tersebut, tidak sabar-sabar lagilah katakan.....
Hari yang kami nanti-nantikan telah pun tiba. Kami berangkat dari SMK Pusa tepat pada pukul 7.00 pagi. Kami menaiki kereta Cikgu Roslan untuk sampai ke Kuching. Kami sampai di Lapangan Terbang Kuching pada pukul 2.00 petang. Di sana, kami diberi kemeja-T dan topi setiap orang untuk dipakai. Sementara menunggu kapal terbang berlepas, kami dari sarawak diberi sedikit taklimat oleh guru pengiring. Kemudian, kami makan tengah hari di sana.
Muncul juga perasaan takut apabila melihat ramai peserta dari Sarawak, semuanya kelihatan cerdik. Saya ini apa yang ada..... Betapa gembiranya saya apabila memasuki kapal terbang. Pada mulanya, saya tidak tahu nak cari tempat duduk. Saya amat bertuah kerana dapat duduk bersama Nadia. Pada waktu itu, saya berasa sangat gembira kerana dalam banyak-banyak kenderaan yang pernah saya naiki, inilah satu-satunya yang paling best sekali. Paramugari dan paramugara sangat peramah, tetapi apabila mereka bertanya, kami berdua bagaikan orang bisu kerana tidak tahu apa yang mereka tanya kepada kami. Bukannya apa, mereka bercakap dalam Bahasa Inggeris.
Sebelum ke Pulau Langkawi, kami singgah sebentar di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk bertukar kapal terbang. Pemandangan KLIA dari atas sangat menarik perhatian kami, sehinggakan ada juga daripada kami menjerit kerana terlalu excited. Pemandangan di KLIA pada waktu malam sangat-sangat cantik, ditambah dengan nyalaan lampu-lampu di sekitar KLIA. Tanpa berhenti berehat, kami terus di arahkan untuk masuk ke kapal terbang yang lain.
Kami sampai di Pulau Langkawi pada sebelah malam. Setelah kami mengambil barang-barang, kami menaiki bas persiaran untuk menuju ke tempat menginap. Semasa perjalanan kami menuju ke hotel, saya dan Mohd. Fadzrul terlihat ramai Mat Rempit ditahan oleh beberapa orang pegawai polis. Inilah kali pertama saya melihat kejadian tersebut dengan mata kepala saya sendiri kerana di tempat kita ini jarang berlaku. Setelah sampai di tempat menginap, saya terus mandi, manakala Mariamah dan Nadia terus tidur kerana kepenatan.
Pada 3 Mac 2007, kami berangkat ke Pulau Tuba pada pukul 6.00 pagi. Untuk sampai ke pangkalan Pulau Langkawi, kami menaiki bas persiaran. Sementara menunggu feri sampai, kami sarapan di sana. Orang yang datang memandang kami dengan hairan.Kami juga berkesempatan bersiar-siar di Ampang Superbowl Langkawi.Saya dengan ditemani empat orang rakan saya bagaikan “rusa masuk ke kampung’ apabila melihat kedai coklat.Coklat di dalam kedai tersebut kelihatan sedap-sedap belaka.Tetapi sayang seribu kali sayang,kedai tersebut masih lagi di tutup.
Setengah jam kemudian,kami diarahkan untuk pergi ke pangkalan,tempat feri berada.Kami riuh apabila melihat pemandangan pulau-pulau di sana,dengan air yang membiru dan dikelilingi dengan pulau-pulau yang indah serta menanagkan.Saya berkesempatan bergambar di pangkalan tersebut.
Di dalam feri,kami terus dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan.Saya berasa sedih apabila mendapati saya tidak sekumpulan dengan Mariamah,Nadia,Mohd. Fadzrul mahupun Gerald.Ini menyebabkan saya berasa berdebar-debar.Kami dipisahkan dan mesti bergaul dengan pelajar dari negeri lain.Pemandangan di sana sangat indah.Saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik melayan perasaan excited melihat pemandangan di sana.Kami singgah sebentar di pelabuhan Kedah untuk menjemput pelajar dari negeri lain.
Di dalam feri,saya kesejukan dan tidak dapat melelapkan mata.Apabila kami sampai di Pulau Tuba,kami terus diarahkan untuk masuk ke dalam kumpulan masing-masing.Saya berasa berdebar-debar kerana duduk bersama pelajar dari negeri Pahang,Johor Bahru,Terengganu,Kuala Lumpur serta empat orang rakan dari Sarawak.Pada mulanya,saya membisu kerana malu bercakap dengan yang lain.Saya cuba memberanikan diri untuk bercakap.Lama-kelamaan saya dapat membiasakan diri dengan mereka.
Petang itu,kami diberi beg mengembara yang bewarna merah.Berita yang menggempakkan,kami difahamkan tidak akan mandi selama lima hari di sana,bayangkan.....Sebelum ini,saya tidak pernah sekalipun tidak mandi.Tambahan pula,pada ketika itu saya..........Selepas selesai yang lain menunaikan solat di Pulau Tuba,kami berangkat ke campsite pertama kami iaitu di Pulau Tiloy.Dengan menaiki support boat,kami dapat melihat dengan jelas pemandangan di sana,sambil menghirup udara segar.Tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata,pemandangannya teramat cantik.Saya terpesona melihatnya,begitu indah ciptaan Tuhan yang Maha Esa.
Perjalanan yang menyeronokkan sampai ke penghujung.Kami sampai di sebuah pulau yang amat sunyi.Hanya dua kumpulan sahaja yang berada di sana ketika itu.Saya dan rakan-rakan sekumpulan tergamam apabila melihat keadaan di sana.Satu pun tidak ada,semuanya kena buat.Inilah kali pertama saya mendirikan toilet.Ini juga merupakan pengalaman pertama saya berkhemah.Sebelum ini,saya tidak pernah sekalipun menyertai perkhemahan di dalam hutan.Hari itu,kami belum lagi memulakan aktiviti kerana sibuk mendirikan khemah,dapur,toilet serta memasak untuk makan malam.Selepas makan malam,kami berkumpul di dapur untuk menceritakan pengalaman pertama.Semua orang mesti bercakap di depan ahli kumpulan kita.
Paginya kami bangun awal,menyediakan sarapan dan meruntuhkan khemah.Malam itu,kami akan bermalam di campsite yang seterusnya iaitu di kawasan Kuala Kedah.Kami menjalankan aktiviti pertama kami di atas kapal besar yang bernama Star Cruise.Pengalaman pertama saya adalah memandu kapal besar.Best juga dapat memandu kapal besar.Dari atas kapal,kami dapat melihat pemandangan yang sangat mempersona.Saya dapat melihat dengan jelas sekali keadaan di sana melalui teropong yang telah di sediakan.
Kemudian,kami melakukan aktiviti yang dinamakan Tarzan Engene.Itulah pengalaman yang menakutkan bagi saya.Aktiviti yang belum pernah saya lakukan selama 16 tahun saya hidup di dunia.Setiap orang dari kami kena berjalan di atas tali yang telah disediakan,di atas kapal tersebut.Selain berjalan di atas tali,kami juga perlu berjalan di atas satu tiang yang berwarna kuning.Tempat untuk berjalan,tersangatlah tinggi.Tambahan pula,di atas kapal yang berada di tengah-tengah laut.Amat menakutkan,tapi it’s overcome my fear.
memandang kami dengan hairan. Kami juga sempat bersiar-siar di Ampang Superbowl Langkawi. Saya dengan ditemani empat orang rakan saya bagaikan ‘Rusa masuk kampung’ apabila melihat kedai coklat. Coklat di dalam kedai tersebut kelihatan sedap-sedap belaka. Tetapi sayang seribu kali sayang, kedai tersebut masih lagi di tutup.
Setengah jam kemudian, kami diarahkan untuk pergi ke pangkalan, tempat feri berada. Kami riuh apabila melihat pemandangan pulau-pulau di sana, dengan air yang membiru dan dikelilingi dengan pulau-pulau yang indah serta menenangkan. Saya berkesempatan bergambar di pangkalan tersebut.
Di dalam feri, kami terus dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan. Saya berasa sedih apabila mendapati saya tidak sekumpulan dengan Mariamah, Nadia, Mohd. Fadzrul mahupun Gerald. Ini menyebabkan saya berasa berdebar-debar. Kami dipisahkan dan mesti bergaul dengan pelajar dari negeri lain. Pemandangan di sana sangat indah. Saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik melayan perasaan excited melihat pemandangan di sana. Kami singgah sebentar di pelabuhan Kedah untuk menjemput pelajar dari negeri lain.
Di dalam feri, saya kesejukan dan tidak dapat melelapkan mata. Apabila kami sampai di Pulau Tuba, kami terus diarahkan untuk masuk ke dalam kumpulan masing-masing. Saya berasa berdebar-debar kerana duduk bersama pelajar dari Negeri Pahang, Johor Bahru, Terengganu, Kuala Lumpur serta empat orang rakan dari Sarawak. Pada mulanya, saya membisu kerana malu bercakap dengan yang lain. Saya cuba memberanikan diri untuk bercakap. Lama-kelamaan saya dapat membiasakan diri dengan mereka.
Petang itu, kami diberi beg mengembara yang berwarna merah. Berita yang menggempakkan, kami difahamkan tidak akan mandi selama lima hari di sana, bayangkan.. Sebelum ini, saya tidak pernah sekalipun tidak mandi. Tambahan pula, pada ketika itu saya..... Selepas selesai yang lain menunaikan solat di Pulau Tuba, kami berangkat ke campsite pertama kami iaitu di Pulau Tiloi. Dengan menaiki support boat, kami dapat melihat dengan jelas pemandangan di sana, sambil menghirup udara segar. Tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata, pemandangannya teramat cantik. Saya terpesona melihatnya, begitu indah ciptaan Tuhan yang Maha Esa.
Perjalanan yang menyeronokkan sampai ke penghujung. Kami sampai di sebuah pulau yang amat sunyi. Hanya dua kumpulan sahaja yang berada di sana ketika itu. Saya dan rakan-rakan sekumpulan tergamam apabila melihat keadaan di sana. Satu pun tidak ada, semuanya kena buat. Inilah kali pertama saya mendirikan tandas. Ini juga merupakan pengalaman pertama saya berkhemah. Sebelum ini, saya tidak pernah sekalipun menyertai perkhemahan di dalam hutan. Hari itu, kami belum lagi memulakan aktiviti kerana sibuk mendirikan khemah, dapur, tandas serta memasak untuk makan malam. Selepas makan malam, kami berkumpul di dapur untuk menceritakan pengalaman pertama. Semua orang mesti bercakap di depan ahli kumpulan yang lain.
Paginya kami bangun awal, menyediakan sarapan dan meruntuhkan khemah. Malam itu, kami akan bermalam di campsite yang seterusnya iaitu di kawasan Kuala Kedah. Kami menjalankan aktiviti pertama kami di atas kapal besar yang bernama Star Cruise. Pengalaman pertama saya adalah memandu kapal besar. Best juga dapat memandu kapal besar. Dari atas kapal, kami dapat melihat pemandangan yang sangat mempersona. Saya dapat melihat dengan jelas sekali keadaan di sana melalui teropong yang telah di sediakan.
Kemudian, kami melakukan aktiviti yang dinamakan Tarzan Engene. Itulah pengalaman yang menakutkan bagi saya. Aktiviti yang belum pernah saya lakukan selama 16 tahun saya hidup di dunia. Setiap orang dari kami kena berjalan di atas tali yang telah disediakan. Di atas kapal tersebut. Selain berjalan di atas tali, kami juga perlu berjalan di atas satu tiang yang berwarna kuning. Tempat untuk berjalan, tersangatlah tinggi.Tambahan pula, di atas kapal yang berada di tengah-tengah laut. Amat menakutkan, tapi ‘it’s overcome my fear’.
Pada sebelah petang, kami meneruskan perjalanan ke campsite kedua kami. Semasa perjalanan ke Pulau Tuba, kami dapat melihat Pulau Dayang Bunting yang cantik. Sampai di Pulau Tuba, kami berehat sebentar untuk menunaikan solat zohor di sana bagi yang beragama Islam. Kemudian, kami menaiki lori untuk sampai ke campsite kami. Sebaik sahaja kami sampai di sana, kami terus mendirikan khemah kami, manakala ‘team cooking’ terus memasak. Selepas makan malam, seperti biasa kami akan menceritakan pengalaman kepada rakan-rakan yang lain. Selesai bercerita, kami terus masuk tidur. Saya suka tidur di dalam khemah. Paling mengharukan, semua kawan perempuan saya berebut-rebut untuk tidur di sebelah saya. Itu yang best.
Pagi itu, saya bangun awal kerana saya tahu hari itu adalah hari yang saya nanti-nantikan. Kami akan menjalankan aktiviti ‘seas kayaking’. Selepas makan, kami bersenam untuk memanaskan badan sebelum berkayak. Kemudian, kami di bawa ke sebuah tasik yang sangat indah.Tempat betul-betul menenangkan fikiran saya. Di sana,kami diberi sedikit taklimat oleh ‘trainer’ kami. Saya memang dah tidak sabar-sabar lagi nak berkayak. Akhirnya, sampai masa untuk kami berkayak. Partner saya adalah pelajar lelaki dari Kuala Lumpur. Kami menyusung kayak kami ke laut. Kami berkayak ke seberang terlebih dahulu sebelum mengembara jauh. Ini adalah kerana kami akan melakukan aktivi ‘capsize’ di tengah laut.
Aktiviti ini dilakukan secara bergilir-gilir kerana kami hanya menggunakan empat buah kayak sahaja. Sementara menunggu giliran, saya dan yang lain-lain seronok berenang-renang di tepian. Kami melompat kesini dan kesana. Best sangat-sangat dapat mandi dalam air laut yang bewarna biru. Tanpa disedari, saya tercedera di sebelah mata kiri saya. Terlalu pedih rasanya apabila terkena air masin. Kawan-kawan saya kecoh apabila mengetahui saya tercedera. Giliran saya dan partner saya untuk capsize pun telah tiba. Saya nyaris-nyaris tidak dibenarkan melakukan capsize. Akibat terlalu excitedlah saya lalai akan keselamatan diri. Bukannya senang nak terbalikkan kayak, lepas tu kena naik atas kayak semula. Tengah laut pula tu…..
Selepas selesai capsize, kami terus memulakan perjalanan kami iaitu dari Pulau Tuba ke Pulau Hasyim Paradise. Kami mengambil masa lebih kurang satu jam setengah untuk sampai ke sana. Saya dan ‘partner’ saya adalah ‘leader’ untuk aktivi berkayak ini. Kami berfungsi sebagai pemandu arah kepada yang lain. Oleh itu, kami berada di depan sekali. Berkayak sangat menyeronokkan. Tangan yang berasa lenguh tidak saya pedulikan kerana peluang ini datang hanya sekali sahaja.
Paling menyeronokkan adalah ketika kami makan tengah hari di tepi pantai Pulau Hasyim Paradise. Seronok benar makan sambil melihat pemandangan laut di sana. Paling merugikan, saya tidak dapat bermain bola air bersama kawan-kawan. Saya takut luka terkena air masin.

Petang itu kami balik semula ke ‘campsite’ kami dan tanpa berehat, kami terus diarahkan untuk memasak. Kepenatan tidak pernah saya hiraukan. Bukannya selalu…..
Hari keempat di sana, kami menjalankan aktiviti ‘explorace’ di dalam hutan. Sebelum berangkat, kami diajar cara-cara untuk menggunakan kompas. Selepas itu, barulah kami memulakan aktiviti meredah hutan untuk sampai ke ‘campsite’ terakhir kami. Kami melewati sebuah ladang getah yang luas. Udara di sana segar dan nyaman. Kami berhenti seketika untuk makan tengah hari di tengah-tengah ladang getah. ‘Best’ betul makan di bawah pokok getah. Sebelum ini saya cuma pernah makan di bawah pokok kelapa.
Aktiviti ‘explorace’ kami mengambil masa 40 minit kerana kami sering berhenti berehat. Tambahan pula, beg yang kami bawa sangat berat.
Kami sampai di ‘campsite’ terakhir kami kira-kira pada jam 2.30 petang. Kami terus mendirikan khemah kami. Di sana terdapat sebuah perigi buta. Selesai membuat kerja, kami duduk berehat di dalam khemah. Kira-kira pukul 5.00 petang, kami mula mengemas barang-barang untuk dibawa balik ke Pulau Tuba
Selepas makan malam, kami berkumpul di dapur untuk membersihkan apa yang patut. Malam itu adalah malam terakhir kami bersama. Begitu cepat masa berlalu. Kami saling bermaaf-maafan. Paling mengharukan, dua orang kawan perempuan saya, Ieza (Pahang) dan Syefa (Johor Bahru) menangis kesedihan sehingga mereka tidak dapat meneruskan ucapan mereka. Sangat-sangat menyedihkan, tetapi saya simpan di dalam hati sahaja. Sepanjang empat hari kami bersama, mereka tidak pernah menyakitkan hati saya. Malah, saya berasa senang di samping mereka.
Sebelum masuk tidur, kami berbincang tentang persembahan yang akan kami persembahkan pada hari keesokannya. Kami berlatih sehingga pukul 1.30 pagi. Kemudian, kami masuk tidur.
Pada malamnya, kami tidak dapat melelapkan mata kerana asyik berbual-bual tentang perpisahan yang bakal kami alami. Kami telah berjanji bahawa kami akan tetap berkawan walaupun kami berjauhan.Saya baring di tempat tidur saya dan cuba melelapkan mata saya. Hari semakin larut malam, tetapi masih kedengaran Jinq-Y (Kuala Lumpur) berbual-bual dengan Sol (Terengganu). Belum lena lagi saya tidur, saya terkejut mendengar Syefa menjerit memanggil ibunya sambil menangis. Dada saya berdebar-debar. Suaranya semakin kuat. Kami cemas lalu memanggil ‘trainer’ kami. Nafasnya seakan-akan sesak. ‘Trainer’ kami membasuh mukanya dengan sedikit air. Alhamdulillah.. .tangisannya semakin reda. Lama-kelamaan dia diam juga. Kami mengatur kedudukannya, lalu baring di tempat tidur kami. Kami tidur beralaskan beg. Lebih kurang dua minit kemudian, dia menjerit dan menangis lagi. Dengan pantas kami bangun lalu mengurut dadanya. Puas kami memujuknya, tetapi usaha kami sia-sia. Lebih kurang 15 minit kami berjaga, kelihatan Syefa sudah lena tidur. Badan dan kepalanya berpeluh-peluh. Saya berasa kasihan melihat keadaannya.
Pagi-pagi lagi, kami sudah meruntuhkan khemah, dapur dan dinding tandas. Kami juga mengemaskan barang-barang kami. Selepas itu, kami mengangkut barang-barang kami ke tepi jalanraya. Sementara menunggu lori sampai, kami sarapan pagi di tepi jalanraya tersebut. Kemudian, kami berlatih buat persembahan. Apabila lori sampai, kami terus naik. Perjalanan kami mengambil masa 15 minit untuk sampai ke tempat kami mula-mula sampai di sana.
Ramai juga kumpulan yang lain sampai terlebih dahulu sebelum kami. Kemudian kami terus mengemas barang-barang kami untuk dibawa balik. Saya sempat meminta alamat kawan-kawan saya. Saya juga berkesempatan berkongsi dengan menyembur minyak wangi saya ke baju kawan-kawan saya setelah kami diberi kemeja-T yang berwarna hitam.
Kemudian, kami berkumpul di dewan. Sebelum membuat persembahan, terlebih dahulu kumpulan kami mengucapkan ‘clan cheer’ kami. Kumpulan kami tidak mempersembahkan tarian. Kami hanya menyanyikan sebuah lagu bertajuk ‘Shining Friend’. Selesai semua kumpulan membuat persembahan masing-masing, tiba pula giliran ‘trainer’ di sana membuat persembahan. Persembahan mereka telah menarik perhatian kami.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Sebelum kami berpisah, kami diberi sijil untuk setiap orang. Kami saling berpeluk-pelukan. Saya tidak berdaya menahan hibanya perasaan saya. Saya menangis semahu-mahunya. Apakan daya, sudah suratan Ilahi.
Kami di hantar ke feri oleh trainers. Saya berkesempatan membeli gambar saya yang telah dilekatkan di atas piring. Kami sampai di pangkalan Pulau Langkawi pada pukul 2.30 petang. Di sana kami dapat melihat dataran burung helang dari jauh.
Petang tersebut, kami di bawa melawat ke kedai gamat. Kami menaiki bas persiaran dari hotel untuk sampai ke sana. Selepas itu kami juga dibawa ke kota Mahsuri. Di dalam bas, pemandu menceritakan tentang asal-usul Mahsuri. Saya berasa seronok mendengar cerita tersebut.
Keadaan di kota Mahsuri sangat cantik. Sebelum kami melawat ke tempat-tempat yang bersejarah, kami di arahkan untuk memasuki muzium. Suasana di dalam musium sangat cantik. Selepas itu, barulah kami dibenarkan berjalan-jalan di tempat yang bersejarah. Saya berkesempatan bergambar di makam Mahsuri. Pada pukul 4.30 petang kami
berjalan-jalan di sebuah pasar raya Langkawi. Tempatnya juga amat cantik. Semuanya cantik....
Pada sebelah malamnya pula, kami makan di restoran Langkawi Plaza. Tempatnya amatlah tinggi dan saya suka makanan di sana. Kami berbaris untuk mangambil makanan. Setelah makan malam, kami di bawa berjalan di pasar malam. Saya telah membeli kemeja-T putih untuk di bawa balik sebagai kenangan.
Pagi itu, kami berangkat dari tempat menginap ke Lapangan Terbang Langkawi pada pukul 7.15 pagi. Saya tertarik melihat pemandangan di sana. Kapal terbang yang kami naiki berlepas pada pukul 10.00 malam. Kami sampai di KLIA tepat pada pukul 10.45 pagi. Sementara menunggu kapal terbang berlepas, kami berjalan-jalan di sekitar KLIA.
Kami berlepas ke lapangan terbang antarabangsa Kuching pada pukul 2 petang dan sampai di sana pukul 3.45 petang. Sebelum balik, kami singgah di rumah ibu mertua Cikgu Roslan. Selepas makan barulah kami balik ke SMK Pusa semula. Kami sampai di SMK Pusa pada jam 11 malam. Inilah pengalaman yang terindah dalam hidup saya. Insya-Allah, suatu hari nanti saya akan ke sana lagi. Sesungguhnya kem ini memberi makna yang mendalam kepada diri saya. Saya benar-benar telah jatuh cinta pandang pertama di bumi Mahsuri ini.

No comments: