JANGAN Klik sini:

Thursday, July 26, 2007

Mohd. Norfaizan Bin Mohd. Rejal.




Nama penuh: Mohd. Norfaizan Bin Mohd. Rejal
Asal: Kuala Kangsar Perak, Darul Rizuan.
Tarikh lahir: 2 januari 1978
Umur: 29 Tahun
Hobi: Memancing. melancong
Universiti: Diploma ( UTM)/ Ijazah (UPSI)
Matapelajaran yang diajar: KHB Pilihan 4, Sejarah Ting.1 dan PJPK
Makanan dan minuman kegemaran: Mee Rebus, Sup Tulang dan teh tarik.
Tarikh mula berkhidmat di SMK Pusa: 18 hb Jan 2007
Status: Berkahwin
2 perkara menarik tentang Cikgu Mohd. Norfaizan :
· Mudah senyum
· Sedia membantu


Dalam ramai guru baru yang datang ke SMK Pusa pada Januari yang lalu, hanya Cikgu Mohd. Norfaizan Bin Mohd. Rejal sahaja yang sudah berumahtangga. Namun demikian, dia seorang yang senang untuk diajak berbual kerana wajahnya sering terukir senyuman kemesraan.
“Pada mulanya ada perasaan risau, bimbang untuk datang ke sini. Tempat yang asing dan jauh daripada keluarga dan sahabat handai. Tetapi setelah tiba dan duduk seminggu dua, semua perasaan tersebut menjadi seronok dan gembira,” ceritanya tentang pengalaman pertama kali menjejak kaki di tanah Pusa.
Pada mulanya dia turut bimbang dengan sistem pengangkutan di sini namun setelah mengalaminya sendiri semuanya melegakan hatinya.
“ Perkara yang terlintas di benak fikiran saya ialah tempat yang sukar dihubungi oleh pengangkutan biasa seperti perlu menaiki bot, berjalan sejauh 10 km dan kawasan hutan yang sukar dihubungi oleh telekomunikasi,” katanya lagi.
Bila ditanya sama ada boleh menyesuaikan diri dengan keadaan serba kekurangan di Pusa, dia tidak menghadapi masalah.
“Bagi saya, Pusa tiada yang kurang, semuanya ada. Cuma tidak sebaik di tempat dulu (Semenanjung). Jadi saya dapat sesuaikan diri,” katanya.
Demi keluarganya, Cikgu Mohd. Norfaizan Mohd. Rejal sanggup membawa keluarganya berhijrah ke Pusa untuk bersama-samanya. Malah katanya anak-anaknya gembira di berada di sini.
“Mereka merasa seronok dapat bersama-sama saya berhijrah di Sarawak khasnya Pusa.”
Bagaimana pula dengan orang tuanya, Buletin PC2010! cuba ambil tahu juga.
“Mereka pada mulanya merasa risau juga. Tetapi ini semua ketentuan dan rezeki saya, jadi mereka dapat menerima dengan baik,” ceritanya lagi.
Cikgu Mohd. Norfaizan Mohd. Rejal yang sebelum ini pernah mengajar di Sekolah Swasta iaitu Sekolah Tahfiz di Kelantan menyatakan bahawa menjadi seorang pendidik adalah cita-citanya selepas tamat SPM.
“Menjadi seorang pendidik adalah cita-cita saya selepas tamat SPM tetapi rezeki untuk menjadi cikgu lambat kerana beberapa faktor yang tidak membantu niat dan cita-cita saya,” jelasnya.
Setelah 6 bulan berada di sini, apakah pandangan dia tentang budaya pelajar di sini. Lalu katanya bahawa pelajar di sini mempunyai budaya baik dan kurang baik.
“Pelajar di sini mempunyai budaya baik dan kurang baik yang boleh diperbaiki, seperti yang baiknya adalah disiplin yang memuaskan manakala yang boleh diperbaiki pula ialah rasa hormat pada alam sekitar.”
Bila di tanya apakah perkara paling sukar sekali sepanjang berkhidmat di SMK Pusa dia memberikan jawapan yang positif.
“Sebenarnya tiada yang sukar sebab kalau kita tak cuba selagi itu ia menjadi sukar. Semua perkara yang berlaku di Pusa dapat di atasi dengan baik.” ujarnya lagi.
“Semua peristiwa di Pusa manis-manis belaka tetapi yang paling menyentuh hati ialah di sini semuanya tenang dan nyaman tidak seperti di Semenanjung, sibuk dan jam kalau kita berada di jalan raya,” katanya lagi.
Buletin PC2010! Turut meminta Cikgu Mohd. Norfaizan memberi saranan kepada semua pelajar SMK Pusa.
“Sebagai pelajar tiada yang lebih penting selain mencari ilmu untuk hari akan datang. Ilmu yang kita perolehi pada masa kini dan lalu akan membantu kita dalam hadapi segala rintangan dan masalah akan datang. Tiada teman yang rapat dan baik selain ilmu yang kita tuntut sekarang dan masa lalu. Berusahalah selagi kita hidup untuk mencari ilmu kerana itulah harta yang tiada tolok bandingnya,” ujarnya panjang lebar.
“Satu ilmu yang kita perolehi, seribu masalah boleh kita atasi,” pesannya kepada seluruh pelajar SMK Pusa.

No comments: