JANGAN Klik sini:

Sticky notes:

Ingin mengiklankan perkhidmatan atau promosikan kolej anda di majalah Sekolah Tandang Sari SMK Pusa?

MURAH... BERMULA DARI RM100++

Sekiranya terdapat kolej swasta atau sesiapa sahaja yang ingin mengiklankan iklan anda dalam majalah sekolah Tandang Sari, anda boleh menghubungi saya dengan menghantar email ke
qkx7254@hotmail.com atau SMS: 013-8122471 (Cikgu Terry), saya akan memberikan butiran lengkap cara untuk mengiklankan iklan anda. Jutaan terima kasih saya ucapkan.. :)


Thursday, July 26, 2007

PENGALAMAN PAHIT

Oleh: Dayang Mariani (2A)

Terdetik hatiku mengimbau kembali kenangan lalu sewaktu aku berusia 12 tahun, dua tahun yang lalu. Entahlah, mengapa kenangan itu masih segar di sanubariku. Ini adalah pengalaman yang tidak dapat ku lupai sehingga kini, dimana pengalaman ini ingin ku kongsikan bersama para pembaca, walaupun ia sangat memalukan namun menyentuh sedikit kelucuan. Pengalaman ini dijadikan sebagai pengalaman yang paling pahit dalam hidupku. Memalukan, memalukan dan sungguh memalukan. Kisahnya bermula disini.
Malam semakin larut, dan hitam pekat, namun terang disebabkan oleh pancaran cahaya bulan malam. Aku terus berlari ke suatu tempat. Aku menggalas sebuah beg di belakangku “kenapa aku lambat lagi kali ni? Tinggal tiga minit saja lagi. Aduh-aduh. Takkan boleh jadi begini.” Naluriku berbisik. Masa itu, aku berjanji dengan Eriesna akan menghadiri majlis hari jadinya yang ke-10 tepat jam 9.30 malam. Berlari dan terus berlari, akhirnya aku sampai tepat pada waktunya. Kelihatan senyuman manis terukir dibibir Eriesna yang tercegat di muka pintu. Eriesna memelukku dan terus menarik tanganku masuk ke dalam rumah. Aku turut mengeluarkan 3 bungkusan hadiah dalam begku. Bungkusan yang berbalut warna-warni itu disambut dengan mesranya, satu bungkusan dariku dan dua bungkusan lagi dari papa dan mamaku. Dia mengucapkan terima kasih kepadaku.
Majlis ini bermula dengan acara memotong kek. Sebiji kek tersergam indah yang penuh dengan pelbagai corak telah dipotongkan dengan sebilah pisau. Para jemputan bertepuk tangan sambil menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Lahir’ kepada Eriesna. Malam itu sungguh indah dipandang mata. Dalam masa itu, aku teringatkan kata-kata ibu tadi sebelum mengizinkan aku ke majlis ini. “Maria, sebelum pukul 10.00 malam nanti, kamu mesti makan, kamu tahu yang kamu menghidap gastrik.” Nasihat ibuku. Sekarang, aku rasa serba salah. “Ah! Malasku nak pedulikan! Biarkan !” Hatiku berbisik. Aku terus pergi ke bilik Eriesna untuk mengambil gambar bersama adik angkatku sebagai kenangan. Kami berdua sungguh gembira. Tiba-tiba, perutku terasa amat sakit, lapar seperti terkena tendangan bola berapi. Sakit, sakit yang amat sangat. Aku bersuara “Eriesna, akak…lapar…ma..kan sekarang jugak, tak.. ta..han..rasanya, terla..lu lapar, Eriesna.” Kataku tergagap sambil menahan perut. Erisna selamba, macam tak peduli, mungkin di ruang fikirannya aku hanya berpura. Aku bersuara lagi “Akak…serius…Na..awak sen…dirikan..tahu..yang..akak gastrik. Tak ingat?”
Sebaik sahaja mendengar penjelasan dariku Erieysna menarik tanganku ke meja makan.tanganku bergetar-getar. Aku hampir nak nangis. Aku semakin lapar beribu kemungkinan bermain difikiranku. Apa yang terjadi? Adakah aku akan meninggalkan semesta alam buat selama-lamanya, maknanya mati, dimana tidur buat selama-lamanya. Aku tak sabar nak makan. Oleh kerana terlalu banyak tetamu, susah untuk dapatkan meja makan. Setiap detik aku rasakan bagai menunggu kucing tumbuh tanduk.
Sekarang, aku syukur kerana berada di tempat makan.Sebuah meja makan yang bulat dipenuhi dengan berbagai jenis makanan. Belum sempat Erisyna menjemputku duduk, aku sudah sedia duduk, tanpa menghiraukan siapa-siapa aku terus menyuapkan sesudu nasi yang telah terhidang, kemudian meneguk segelas air. Ah! Lega rasanya. Semua sungguh selera, tak ketinggalan aku sendiri. Tiba-tiba orang meraung-raung, menjerit-jerit bagai pertandingan ‘suara besar’ diadakan. ‘Blackout’ berlaku. Suasana bising dalam kegelapan. Aku duduk diam, seleraku semakin bertambah. Aku terus makan ‘Alamak!! Aku rasa tercekik pula, makanan dah penuh dalam mulutku. Mana air?Mana air?’ Hatiku bertanya.
Tanpa berputus asa mencari air minuman, tanganku terkapai-kapai mencari minuman, akhirnya tanganku tersentuh sebuah bekas, terasa seperti bekas air yang aku minum tadi. Aku terus mengangkat bekas itu dan meminum air di dalamnya. Ah, lega rasanya dapat minum air tetapi kenapa rasa lain semacam je, tawar, bersisa.’ Hatiku berbicara. Dalam saat itu juga blackout terhenti. Sinaran cahaya lampu yang terang membolehkan semuanya ternampak, tidak ada terlindungnya. Aku hairan. Kenapa semua mata memandangku? Kenapa? Rupa-rupanya aku membawa sebuah bekas yang berisi air kotor yang telah digunakan untuk membasuh tangan, dimana air itulah yang telahku minum. Semua kehairanan dan ketawa melihatku. Aku sungguh malu kerana meminum air basuhan tangan orang. Pada saat itu, aku teringin sangat nak keluar dari dunia ini. Saat itu juga, aku bagaikan telur yang berada di hujung tanduk. Namun tetapku tahan jua. Berakhir di sini.
Itulah pengalaman pahit yang sukar untukku melupakan.Ia memberikan pengajaran padaku supaya jangan makan terlalu banyak dan jangan suka melaparkan diri. Insyaallah, berjumpa lagi di karya yang seterusnya.

No comments: