JANGAN Klik sini:

Sticky notes:

Ingin mengiklankan perkhidmatan atau promosikan kolej anda di majalah Sekolah Tandang Sari SMK Pusa?

MURAH... BERMULA DARI RM100++

Sekiranya terdapat kolej swasta atau sesiapa sahaja yang ingin mengiklankan iklan anda dalam majalah sekolah Tandang Sari, anda boleh menghubungi saya dengan menghantar email ke
qkx7254@hotmail.com atau SMS: 013-8122471 (Cikgu Terry), saya akan memberikan butiran lengkap cara untuk mengiklankan iklan anda. Jutaan terima kasih saya ucapkan.. :)


Thursday, July 26, 2007

Mohd. Fairus B. Hj Mohd. Kamil



Nama penuh: Mohd Fairus B. Hj Mohd Kamil
Asal: Kajang, Selangor
Tarikh lahir: 21 Ogos
Hobi: Mendaki gunung, snorkeling, berkayak, wall climbing, flying fox, abseiling, repelling
Universiti Kolej: Technical Teacher Training College
Matapelajaran yang diajar: Pendidikan Islam
Makanan dan minuman kegemaran: Cucur bawang dan limau ais
Tarikh mula berkhidmat di SMK Pusa: 18 hb Jan 2007
Status: Bujang.
5 perkara menarik tentang Cikgu Fairus:
· berkemahiran dalam mengendalikan pelbagai peralatan dan mesin-mesin bengkel
· selalu mengunjungi kedai buku semata-mata untuk mencari buku-buku berkaitan teknologi-teknologi di bengkel yang terkini
· berpengalaman luas dalam aktiviti mendaki gunung sebagai contoh antara gunung-gunung yang pernah ditawan ialah Gunung Yong Belar (Cameron Highland), Gunung Bubu (Kuala Kangsar), Gunung Kenderong (Grik), Gunung Angsi dan Dato’ (Negeri Sembilan), Gunung Stong dan Ayam (Dabong, Kelantan).
· berminat dalam menghasilkan kerja tangan yang kreatif
· sukakan cabaran berbentuk fizikal sebagai contoh berkayak dari Lumut, Perak ke Pulau Pangkor.

Masih terbayang bagaimana saya melihat Cikgu Mohd. Fairus B. Hj Mohd. Kamil ketika mula-mula sampai di SMK Pusa. Pada masa itu langsung tidak memperlihatkan dirinya bahawa dia janggal bergaul dengan semua orang. Ini adalah kerana sikapnya yang ramah memudahkan dia mendekati sesiapa saja. Dia bersama rakan-rakannya yang lain gembira apabila mengenang kembali detik-detik awal mereka di Daerah Pusa.
“Pertama kali memasuki jalan raya di daerah Pusa, saya lihat pemandangan seperti sawah padi dan pokok buah-buahan yang banyak terutama sekali pokok rambutan.” katanya memulakan bicara.
”Perkara pertama yang terbayang di fikiran saya semasa menerima tawaran di SMK Pusa ialah berapa banyak bangunan kelas yang terdapat di SMK Pusa.” Kata-katanya disambut gelak oleh rakan-rakannya.
Cikgu Mohd. Fairus B. Hj. Mohd. Kamil yang lebih dikenali sebagai ’Ustaz Kimpalan’ dikalangan warga Pusa kerana dia mengajar matapelajaran Pendidikan Islam mengakui mudah untuk menyesuaikan diri setakat ini disini. Walaupun kedua orang tuanya berat hati untuk melepaskan dirinya ke Sarawak kerana mereka tidak pernah berjauhan sebelum ini namun itu sedikit pun tidak menghalang dirinya menabur khidmat di bumi kenyalang ini.
”Saya pernah menjalani latihan mengajar selama satu semester di Sek. Men. Teknik Shah Alam, Selangor.” ujarnya lagi.
Mengimbas kembali bagaimana dia boleh terlibat di dalam bidang pendidikan dia menceritakan bahawa dia langsung tidak pernah terbayang untuk menjadi seorang guru pada mulanya.
”Saya memang tidak pernah terbayang untuk menjadi guru. Cuma saya memang berminat dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan teknikal dan kemahiran bertukang. Saya terlibat dalam bidang pendidikan kerana opsyen yang saya pelajari ialah Metal Fabrication and Welding Technology di Technical Teacher Training College ini.”
Cikgu Fairus turut mengakui kebenaran kata-kata rakan-rakannya yang lain tentang situasi pelajar disini.
“Apa yang saya lihat, ramai pelajar kurang berjumpa dengan guru untuk meminta bantuan dalam mata pelajaran / tajuk yang tidak difahami.”
Hampir kesemua guru-guru baru dari Semenanjung menghadapi kesukaran untuk memahami dialek disini, namun begitu lama-kelamaan mereka dapat juga menyesuaikan diri.
“Perkara yang paling sukar semasa berkhidmat di SMK Pusa ialah mempelajari bahasa Pusa.”
”Menjadi salah seorang tenaga pengajar untuk pertandingan tarian mewakili sekolah dan segala usaha dicurahkan tidak sia-sia apabila pasukan sekolah berjaya merangkul Naib Johan dalam Pertandingan Tarian Peringkat Betong. Melakukan kerja-kerja bertukang di bengkel KHB.” itulah yang terucap dari mulutnya mengenai perkara yang manis berlaku kepada dirinya selama lebih kurang 6 bulan di sini.
”Saranan saya untuk pelajar ialah menumpukan sepenuh perhatian dalam matapelajaran yang diminati, mungkin matapelajaran tersebut akan membantu pelajar untuk berjaya pada masa hadapan,” itulah saranan Cikgu Fairus kepada semua pelajar SMK Pusa dan pesannya lagi..
"Pelajar boleh ketawa semasa di sekolah tetapi anda mungkin menangis setelah tamat sekolah.” Katanya sebelum mengundurkan diri.

No comments: