JANGAN Klik sini:

Thursday, July 26, 2007

Puan Christine Linsah: Pusa, Melugu akhirnya Serian.



Puan Christine Linsah juga sudah hampir 5 tahun berkhidmat di SMK Pusa. Beliau yang berkelulusan dari Universiti Sains Malaysia merupakan anak kelahiran Serian dan berketurunan Bidayuh.
Sepanjang berkhidmat di SMK Pusa, beliau merupakan guru matapelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu untuk sesi petang. Beliau juga merupakan guru Pusat Sumber serta guru Program NILAM.
Puan Christine akan memulakan tugas baru di SMK Serian manakala suami beliau akan bertugas di SMK Taie, Serian. Sebelum ini suami beliau mengajar di SMK Melugu.
Kami mendoakan agar Puan Christine akan lebih bersemangat mengajar ditempat baru di samping suami tersayang. Walaubagaimanapun, janganlah dilupakan pula SMK Pusa yang memberikan seribu kenangan pahit manis...

No comments: